Account

Posts of Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸🏳️🏴

newest first

#6861Video
Views60−3%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#6860Text

Lagu : Rindu Madinah (cover) Artis : Umar Razeeq ft Mujib Rindunya daku kepada bumi Madinah Takkan terubat walau sudah ziarah Sekalipun menangis berair mata darah Hati kan tetap rindukan Rasulullah Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Terimalah hadiah imbalan ziarah Insan yang lemah ingin berqasidah Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah Berkat menangis di Raudhatul Jannah Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Matanya yang terang, sangat suka bercelak Nampak yang di belakang, dan depan serentak Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak Tiada berdaki, umpama pantulan perak Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Dahinya yang luas, anak matanya hitam Cahaya berhias, menatap kan tenteram Tulang Baginda kemas, saling kuat menggenggam Rukanah tertewas, lalu memeluk Islam Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang Tingginya yang sedang, dada luas berbidang Ketika berjalan, condongnya ke hadapan Lajunya seperti, turun tempat yang tinggi Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Helaian bulunya tetapkan terus wujud Hanya belasan uban Memikirkan surah Hud Umpama pedang jaguh, Hidung Baginda mancung Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Nafas berbau wangi, semerbak kasturi Sukakan bersugi, yang busuk dihindari Tak pernah menguap, berkat cucian hati Takkan pernah dihinggap, lalat walau sekali Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan Segala pertuturan, adalah wahyu Tuhan Lebar bibirnya, menandakan pemurah Membaca Al-Qur'an, dengan penuh fasoohah Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. Baginda memilih, hidup dalam berzuhud Sekalipun maksum, sangat banyak bersujud Menipis isi tumit, lamanya bertahajjud Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud Allahu Allahu Allahu Allah Allahu Allah Habibi Rosulullah.. #Sebarkan Link YouTube https://youtu.be/kt-1ss_stuo?si=KgrhPYtmHqojnH7Y @AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Open in Telegram
Views202+226%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—
#6856Link preview

Forwarded from Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸🏳️🏴

Lagu : Qalbi Fil Madinah Artis : Maher Zain & Harris J ‎سَالَ دَمعِي شَوْقًا Air mataku mengalir kerana rindu, ‎يَا حَبِيبِي إِلَيْك Wahai kekasihku untukmu, ‎فَاضَ قَلْبِي عِشْقًا Hatiku meluap dengan cinta, ‎بِالصَّلاةِ عَلَيك Dengan selawat kepadamu.  ‎طارتْ رُوحِي حُبًّا Jiwaku terbang kerana cinta, ‎في المَنَامِ إليك Dalam mimpi menuju kepadamu. ‎رَامَ كُلِّي قُرْبًا Seluruh ragaku merindukan mendekat, ‎سَيِّدِي لبَّيْك Wahai Tuanku, aku datang menjawab panggilanmu.   *====CHORUS====* قَلْبِي في المدينة Hatiku di Madinah, ‎وَجَدَ السَّكِينَة Menemukan ketenangan. ‎قال يا نَبِينا Berkata, "Wahai Nabi kami, ‎السلامُ عليك Salam sejahtera atasmu."   ‎قَلْبِي في المدينة Hatiku di Madinah, ‎وَجَدَ السَّكِينَة Menemukan ketenangan. ‎محمد نَبِينا Muhammad Nabi kami, ‎السلامُ عليك Salam sejahtera atasmu. *=================* *==POST-CHORUS ====* ‎صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه Solawat dan salam Allah عليك يا رسولَ الله Atasmu, wahai Rasulullah. صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه Solawat dan salam Allah ‎عليك يا حبيبَ الله Atasmu, wahai kekasih Allah. ‎صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه Solawat dan salam Allah عليك يا رسولَ الله Atasmu, wahai Rasulullah. صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه Solawat dan salam Allah ‎عليك يا حبيبَ الله Atasmu, wahai kekasih Allah Ulang 2 kali *========* ‎رسولَ الله - Rasulallah ‎حبيبَ الله - Habiballah *========* يا أبا الزَّهراء Wahai ayah Az-Zahra (Fatimah) ‎كَم أحِنُّ إليك Betapa aku merindukanmu ‎لِلقُبَّةِ الخَضْرَاء Ke Kubah Hijau ‎جِئتُ أُصَلّي عَليْك Aku datang berselawat kepadamu. ‎يا جَدَّ الحَسَنيْن Wahai datuk Hasan dan Husain ‎مُحمّد يا زين Muhammad, engkau sebaik-baiknya manusia ‎يا مَن جِئتَنا بُشْرَى Wahai yang datang membawa khabar gembira ‎طَهَ نُورَ العَين Tha-ha, cahaya mata *=Ulang Chorus=* *=Ulang Post-Chorus=* Ulang 4 kali *========* ‎رسولَ الله - Rasulallah ‎حبيبَ الله - Habiballah *========* قَلْبِي في المدينة Hatiku di Madinah, ‎وَجَدَ السَّكِينَة Menemukan ketenangan. ‎محمد نَبِينا Muhammad Nabi kami, ‎السلامُ عليك Salam sejahtera atasmu. *=================* Lyrics: Bara Kherigi Melody: Maher Zain & Harris J Arrangement: Maher Zain Mixing: Ronny Lahti Mastering: Svante Forsbäck *=================* Connect with Maher Zain: TikTok:    / maherzainofficial  ​ Instagram:    / maherzainofficial  ​ Official YouTube:     / maherzain  ​ Twitter:    / maherzain  ​ Facebook:    / maherzain  ​ *=================* Connect with Harris J: TikTok:    / officialharrisj  ​ Instagram:    / harrisjofficial  ​ Official YouTube:     / harrisjofficial  ​ Facebook:    / harrisjofficial  ​ *=================* Connect with Awakening Music: YouTube: https://youtu.be/2VLqZtded_0?si=chJCV_XlY0qO3TWa TikTok:    / awakeningmusic_official  ​ Instagram:    / awakeningrecords  ​ Facebook:    / awakeningrecords  ​ Twitter:    / awakeningrec  ​ Official website: http://www.awakening.org *=================* 🇵🇸 @AhmadHarisChannel Jemput follow di X | IG | TIKTOK | FB : @ahmadhaaris1435

Open in Telegram
Views113+82%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#6850Text

Ketika Madinah Berlaku Gempa Bumi Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam video di atas persis dengan kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar Ibnu Khattab r.a ketika berlaku gempa bumi di Madinah semasa pemerintahan beliau.  زُلْزِلَتِ الأَرْضُ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ حَتَّى اصْطَفَقَتِ السُّرُرُ فَوَافَقَ ذَلِكَ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ وَهُوَ يُصَلِّي فَلَمْ يَدْرِ ، قَالَت : فَخَطَبَ عُمَرُ لِلنَّاسِ فَقَالَ : أَحدَثْتُم لَقَدْ عَجِلْتُمْ ، قَالَت : وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ : لَئِنْ عَادَتْ لأَخْرُجَنَّ مِنْ بَيْنِ ظَهْرَانِيكُمْ Maksudnya : "Bumi bergegar pada zaman pemerintahan Umar sehingga katil-katil turut bergegar. Gegaran itu turut berlaku pada Abdullah Bin Umar yang mana pada ketika itu beliau sedang menunaikan solat. Beliau tidak perasan tentang keadaan tersebut. Kata Safiah, Umar berkhutbah kepada orang ramai : "Apa yang telah kalian lakukan. Sesungguhnya kalian telah bersegera (melakukan maksiat). Kata Safiah, aku tidak tahu melainkan Umar berkata: "Jika gempa ini berlaku lagi, aku akan keluar dari hadapan kalian (segera keluar).” Kisah ini diriwayatkan di dalam beberapa buah kitab. Antaranya al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra nombor 6604, Ibn Abu Syaibah di dalam al-Musannaf nombor 8335, Ibnu Munzir di dalam kitabnya al-Awsat nombor 2825 dan Nuaim Bin Hammad di dalam kitabnya al-Fitan nombor 1731. Penjelasan lengkap hadis ini sila rujuk https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2830-irsyad-al-hadith-siri-ke-308-gempa-bumi-di-zaman-saidina-umar Saya baiki terjemahan matan hadis tersebut kerana terjemahan hadis dalam artikel website tersebut kurang lengkap. @AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Open in Telegram
Views202+226%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—