Кабинет

Посты канала Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

сначала новые

#10835Фото
Просмотры396−65%к среднему
Пересылки—
Реакции7
Комментарии—
#10834Фото
Просмотры380−67%к среднему
Пересылки—
Реакции1
Комментарии—
#10832Текст
Просмотры784−31%к среднему
Пересылки—
Реакции19
Комментарии—
#10831Текст

Agar hatiku sejahtera bertemu Tuhan Melalui pasang surut kehidupan, dengan umur yang makin meningkat, ada satu kepastian yang tidak mampu dinafikan sesiapa pun. Iaitu semua yang datang akan pergi, semua yang berlaku akan berlalu, dan semua yang hadir akan meninggalkan kita. Keseorangan dan kesepian. Titik keseorangan ini hakikatnya adalah satu refleksi yang Tuhan hadirkan bagi memahami satu perkara yang pasti, kekal dan tetap dalam hidup ini. Iaitu kewujudan, kehadiran dan kesedaran hati. Tuhan hadirkan keseluruhan kejadian dalam hidup kita bagi menggilap dan melenturnya agar sentiasa menanggapi kepentingan untuk berpegang kepada yang pasti, yang kekal dan akan dibawa hingga mati. Atas naratif itu, manusia yang berjaya akan sentiasa memberi perhatian kepada kondisi hatinya, dalam apa jua keadaan yang menimpanya. Atas naratif itu jua, hati yang sejahtera tidak akan berpaut pada perkara yang perubahannya bersilih ganti. Juga perkara yang mempunyai tempoh masa sebelum ia luput dan tidak boleh digunakan lagi. Atas naratif itu jua, Tuhan menghadirkan beberapa ketetapan dan kewajipan, agar hati mampu melakukan refleksi diri sendiri, secara sedar dan tanpa sedar untuk sentiasa berpaut pada orbit perhambaan yang menjaganya daripada tergelincir dan tersangkut pada mata kail iblis dan syaitan. Tuhan hadirkan kewajipan syariat untuk hati itu dilatih dan dilentur, memahami bagaimana sewajarnya ia berputar pada paksinya, berenang pada orbitnya, dan melengkapkan pusingan orbitnya itu dengan 'kehendak' dan 'usaha'nya sendiri. Bukan kerana hamba itu memang berkemampuan, tetapi kelembutan dan kehalusan Tuhan sengaja mahu berikan 'kredit' dan 'penghargaan' agar hamba itu terdorong dan tertarik untuk melengkapkan orbit itu dengan 'sangkaannya' sendiri. Tuhan mahu hamba itu 'dihargai' lalu diberikan peluang untuk 'merasai' erti cinta yang dipilih oleh dirinya sendiri' Walau hakikatnya setiap yang dilakukan adalah dengan taufiq-Nya jua. Dalam meletakkan tuntutan syariat, Tuhan pula dengan sepenuh ilmu, hikmah, kasih sayang dan ketinggian kehalusan-Nya, menyusun satu lagi garisan takdir, yang menyempurnakan 'sangkaan' hamba itu tadi, bagi melengkapkan orbit perhambaan dan perjalanannya menuju Tuhan. Lalu Tuhan hadirkan kesusahan, kesakitan, kelelahan, keresahan, keadaan-keadaan tertentu menimpanya, yang apabila difikirkan dengan akal manusia yang cetek, seolah-olah tidak masuk akal jika nak dibandingkan dengan kebaikan, kesolehan, kewarakan seorang hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Namun Tuhan tetap dengan kesempurnaan ilmu-Nya, ihsan-Nya, memperjalankan hamba dan kekasih-Nya itu, satu laluan yang sukar, demi melengkapkan putaran perhambaannya, memenuhi syarat pemilihan-Nya, dan mencapai ketinggian redha-Nya. Manusia yang dikasihi Tuhan, tidak melihat sesuatu melainkan dengan pandangan Tuhannya. Apa yang Tuhan tetapkan, ia redha. Apa yang Tuhan jalankan, ia terima. Sabar dan syukur adalah latihannya. Zikir dan selawat adalah makanannya. Pasrah dan tawakkal adalah senjatanya. Kebersamaan Tuhan adalah teman sejatinya. Adapun pergolakan dunia, pertelingkahan manusia, pertukaran siang dan malam, pagi dan petang, cerah dan hujan, semuanya itu di sisinya tidak lebih daripada sebuah medan untuk ia berpencak dan berperanan, menzahirkan kepahlawanan dan keperwiraan, dan membuktikan ketulusan, untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan sahaja. Setelah ia berlalu, ia akan pulang ke 'rumahnya', membawa hatinya yang sejahtera dan tenang bersama Tuhannya. Hanya satu sahaja ketenangannya, satu sahaja kegembiraannya, iaitu apabila ia menghadap 'wajah Tuhan'nya, dengan keredhaan terhadap susunan-Nya, dan kepasrahan terhadap hikmah-Nya. Ketika itu ia akan tersenyum, melihat segala perkara telah tersusun sejak azali, segala aturan telah siap diatur sebelum ia dilahirkan lagi.

Открыть в Telegram
Просмотры768−33%к среднему
Пересылки—
Реакции17
Комментарии—
#10830Фото
Просмотры764−33%к среднему
Пересылки—
Реакции17
Комментарии—
#10829Фото
Просмотры1 030−10%к среднему
Пересылки—
Реакции17
Комментарии—
#10822Фото
Просмотры1 420+24%к среднему
Пересылки—
Реакции10
Комментарии—
#10821Фото
Просмотры1 160+2%к среднему
Пересылки—
Реакции10
Комментарии—
#10820Фото
Просмотры1 150+1%к среднему
Пересылки—
Реакции16
Комментарии—
#10817Видео
Просмотры1 410+23%к среднему
Пересылки—
Реакции56
Комментарии—
#10816Фото
Просмотры1 230+8%к среднему
Пересылки—
Реакции11
Комментарии—
#10815Фото
Просмотры1 410+23%к среднему
Пересылки—
Реакции4
Комментарии—
#10812Фото
Просмотры1 790+57%к среднему
Пересылки—
Реакции75
Комментарии—
#10811Фото
Просмотры1 840+61%к среднему
Пересылки—
Реакции24
Комментарии—