Doa Ibu Bapa Masuk Syurga (Prayer for Parents to Enter Paradise) “Wahai Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku serta orang-orang yang beriman pada hari berlakunya perhitungan.” “Our Lord, forgive me, my parents, and the believers on the Day when the Reckoning takes place.” [Surah Ibrahim : 41] #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramПосты канала Ustaz Wadi Annuar Official
Doa Kesejahteraan Ibu Bapa | (Prayer for Parents’ Well-being) “Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.” “O Allah, forgive my sins and the sins of both my parents, and have mercy on them as they loved me when I was young.” #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramJangan pernah berputus asa dalam berdoa, walaupun apa yang dihajati masih belum tercapai. Belajarlah daripada Nabi Zakaria a.s. yang sentiasa menaruh harapan dan keyakinan kepada Allah, meskipun usianya telah lanjut. Teruskan berdoa, bersangka baiklah kepada Allah dan yakinilah bahawa setiap ketentuan-Nya penuh dengan hikmah. Jangan pernah berhenti meminta kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. #UstazWadiAnnuar #Doa
Открыть в TelegramDoa Tenang Menjawab Peperiksaan (Prayer for Calmness and Ease in Answering) “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku supaya mereka memahami perkataanku.” “O my Lord, open my heart, make my task easy for me, and loosen the knot from my tongue so that they may understand my words.” (Surah Taha: 25-28) #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramKUALA MUDA BERSELAWAT Bersama Ustaz Wadi Annuar (UWA) dan Ustaz Syed Mohd Bakri (PU Syed). 📅 31 Disember 2026 | Khamis ⏰ 9.00 malam 📍 Dataran Jam Besar, Sungai Petani Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. Semoga tahun yang berlalu diakhiri dengan kebaikan dan tahun yang mendatang dimulakan dengan keberkatan. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ
Открыть в TelegramSemoga setiap usaha dan pengorbanan kalian membuahkan kejayaan yang diberkati, di dunia dan akhirat. Selamat menduduki peperiksaan SPM 2026 #ustazwadiannuar #spm2026
Открыть в TelegramJangan sesekali berputus asa dalam usaha memperbaiki diri. Andai terjatuh kembali dalam dosa, bangkitlah dan bertaubatlah kepada Allah. Teruskan melawan hawa nafsu, jauhi pintu-pintu maksiat dan sentiasa memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam ketaatan. #UWAkongsi #UstazWadiAnnuar
Открыть в TelegramKetenangan hati jauh lebih berharga daripada kemenangan dalam pertengkaran. #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramMenghalang orang Islam menunaikan solat fardu adalah dosa besar. Segeralah bertaubat kepada Allah. #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramJANGAN MUDAH MEMBUKA AIB PASANGAN Dalam rumah tangga, ada masa kita bahagia dan ada masa kita diuji dengan perselisihan faham. Walau sebesar mana pun masalah yang berlaku, jangan terlalu mudah menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain. Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ Maksudnya: “Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim) Ketika marah, kita mungkin hanya nampak salah pasangan. Sedangkan selama hidup bersama, tentu ada banyak kebaikannya yang tidak patut kita lupakan. Jika ada masalah, usahakan untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Jika perlu mendapatkan bantuan, rujuklah mereka yang berilmu dan boleh dipercayai. Semoga Allah SWT menjaga rumah tangga kita dan membantu kita untuk terus menjaga aib serta maruah pasangan, walaupun ketika sedang diuji. https://whatsapp.com/channel/0029Va5zobQ5kg707J5TSl1Q
Открыть в Telegram🔴Live Ustaz Wadi Annuar bersama saudara Bukhari Ellia | 13 Nov 2026 https://vt.tiktok.com/ZS9fXhUxpFuMJ-2U8rB/
Открыть в TelegramWalaupun kita tahu masalah rumah tangga orang lain, jagalah aib mereka. Jangan jadikan bahan bualan, apatah lagi ‘content’ untuk disebarkan merata-rata.
Открыть в TelegramJangan terlalu asyik memandang nikmat orang lain sampai tak nampak nikmat sendiri. #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramPELANCARAN BUKU HIMPUNAN DOA MUSTAJAB 🤲🏻 Dengan izin Allah, sebuah naskhah terbaru Ustaz Wadi Annuar bertajuk "Himpunan Doa Mustajab" bakal diterbitkan. Semua makhluk bergantung kepada Allah SWT dalam setiap saat kehidupan. Dalam kebergantungan tersebut kita ditawarkan satu ibadah yang sangat indah yang mengikat kita secara terus dengan Pencipta alam, iaitu DOA. Buku ini mengingatkan kita tentang status hamba yang sentiasa memerlukan Tuhannya. Doa-doa yang terkandung dalam naskhah ini boleh dijadikan amalan harian, mudah-mudahan Allah makbulkan, insya-Allah. Nantikan pelancaran buku Himpunan Doa Mustajab pada 13 November (Jumaat) ini, jam 9.15 malam. Sama-sama kita jadikan buku ini sebagai teman, stok adalah terhad! #ustazwadiannuar #himpunandoamustajab
Открыть в TelegramAdakah Allah hanya Tuhan orang Islam? Pernahkah anda terfikir, siapakah sebenarnya yang menciptakan kita semua? Menurut Islam, Allah bukan Tuhan untuk satu bangsa atau satu kelompok manusia sahaja. Dialah Pencipta seluruh manusia, sama ada mereka beriman kepada-Nya ataupun belum mengenali-Nya. Kita mungkin berbeza agama, bangsa dan kepercayaan. Namun, perbezaan itu tidak mengubah hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan Yang Maha Esa, yang menciptakan seluruh alam. Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk mula mengenali Allah. Kerana mungkin, persoalan yang anda tanyakan hari ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan mencari kebenaran. Semoga Allah membuka hati kita semua untuk mengenali-Nya dan mengurniakan petunjuk ke jalan yang benar. Aamiin. #ustazwadiannuar
Открыть в TelegramTidak kira sama ada ritual simbolik di pentas hiburan atas nama seni atau aksi terikut-ikut meniru upacara agama lain, batas tauhid jangan sekali-kali dicabar dan dinormalisasikan. Nabi Ibrahim AS sendiri tidak pernah leka berdoa menjaga pegangan anak cucunya daripada menyembah berhala. Urusan akidah bukan bahan tontonan atau cuba-cuba. Peliharalah diri serta keluarga kita daripada tergelincir akidah semata-mata demi hiburan dan ‘content’. #ustazwadiannuar #uwakongsi
Открыть в TelegramMAKLUMAN RASMI | TIADA CERAMAH LUAR SEPANJANG TAHUN 2027 Dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar tidak menerima sebarang jemputan ceramah di luar sepanjang tahun 2027. Walau bagaimanapun, aktiviti dakwah dan pengajian ilmu akan tetap diteruskan melalui Kuliah Duha di Akademi Darul Ilmi, berdasarkan jadual yang akan diumumkan dari semasa ke semasa. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sokongan, kepercayaan dan doa yang berterusan daripada semua pihak. Semoga segala usaha dakwah dan penyebaran ilmu ini sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Terima kasih atas segala sokongan dan doa.
Открыть в TelegramDoa Memohon Kebaikan dan Kejayaan “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.” Surah al-Baqarah: ayat 201.
Открыть в TelegramSemoga Allah SWT mengurniakan kita keikhlasan iman dan menjadikan kita antara insan yang memperoleh syafaat Rasulullah ﷺ pada hari kiamat. #ustazwadiannuar
Открыть в Telegram