Berdasarkan laporan Taburan Kes HIV Mengikut Negeri bagi tahun 2025, Selangor mencatatkan kes tertinggi pada tahap 32% (896 kes). Ini diikuti oleh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11%). Peka dengan status kesihatan di negeri anda dan sentiasa amalkan gaya hidup yang selamat. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramПосты канала Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
Cegah lipas, lalat dan tikus semasa banjir dengan menjaga kebersihan makanan serta persekitaran. ✅ Tutup makanan dan tong sampah dengan rapat. ✅ Bersihkan sisa makanan dan buang sampah di tempat yang disediakan. ✅ Tutup lubang atau celah yang menjadi laluan perosak. ✅ Pasang jaring tingkap dan elakkan timbunan barang. Persekitaran bersih, makanan terlindung, keluarga lebih selamat. Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramGolongan belia dan dewasa muda dikesan sebagai kumpulan yang paling terkesan dengan jangkitan baharu HIV. Berdasarkan Taburan Umur Kes Baharu HIV di Malaysia pada tahun 2025, umur 20 hingga 29 tahun mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 44%, diikuti oleh kumpulan umur 30 hingga 39 tahun (31%). Pendidikan, pencegahan awal dan ujian saringan adalah langkah perlindungan yang sangat penting untuk generasi muda kita. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramWrong answer only pun tetap kena ikut fakta kesihatan ya! Kalau diberi peluang jawab soalan 'wrong answer only' tentang kesihatan, apa jawapan paling kelakar yang korang akan bagi? 😆 Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramMari teliti status Tinjauan Epidemik HIV di Malaysia bagi tahun 2025. Ketahui fakta dan statistik penting termasuk jumlah kes baharu (2,836 kes), jumlah kumulatif jangkitan sejak 1986, serta anggaran bilangan Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) di negara kita. Kesedaran bermula dengan maklumat yang tepat. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в Telegram🌊 AIR BANJIR BUKAN AIR BIASA. JANGAN ABAIKAN RISIKONYA! Air banjir boleh tercemar dengan najis dan bangkai haiwan. Lindungi diri serta keluarga dengan mengelakkan bermain air banjir, memakai pelindung diri yang sesuai dan menjaga kebersihan. ✅ Segera bersihkan anggota badan yang terkena air banjir. ✅ Cuci tangan dengan sabun dan air bersih. ✅ Gunakan air yang selamat untuk minum, memasak dan membersihkan diri serta peralatan. Terus berwaspada. Jaga kebersihan, lindungi kesihatan. #MyHEALTHKKM #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramPenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis boleh hadir tanpa kita sedari. Jangan tunggu sampai sakit baru nak bertindak. Saringan awal membolehkan penyakit dikesan lebih pantas, memudahkan rawatan dan mengurangkan risiko komplikasi. Segera lakukan saringan kesihatan di klinik berhampiran anda #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramJadilah pembeli yang bijak! Sebelum beli, luangkan sedikit masa untuk melihat logo Pilihan Lebih Sihat. Kurangkan pengambilan gula dan buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda. Hidup pasti lebih hebat apabila kita memilih yang lebih sihat! #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramAda orang merokok di kawasan larangan? 🚭 Jangan biarkan! Gunakan aplikasi MySejahtera anda untuk melaporkannya. Hanya 3 langkah mudah: Lihat, Klik, dan Lapor! #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramRasa kosong dan sedih? Jangan pendam seorang diri. Luahkan perasaan anda dan dapatkan sokongan yang anda perlukan. Meminta bantuan bukan tanda kelemahan. Hubungi Talian HEAL di 15555. Kami sentiasa sedia mendengar dan membantu anda. #TalianHEAL #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramNaluri mak ayah tu sangat penting. Jika anda perasan perkembangan anak agak lambat berbanding rakan sebayanya seperti otot kelihatan lemah, sukar makan atau tiba-tiba hilang kemahiran yang telah dikuasai, jangan abaikan tanda-tanda tersebut. Ia bukan bermakna anak belum sampai masanya, sebaliknya kelewatan perkembangan ini mungkin merupakan petanda awal bagi penyakit jarang jumpa. Rujuk buku rekod kesihatan anak, perhatikan tanda amaran dan segera dapatkan pemeriksaan doktor. Tindakan dan intervensi awal anda boleh membantu mengembangkan potensi anak dengan lebih baik. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramNyamuk Aedes boleh membiak di dalam bekas air bertakung sekecil penutup botol! Ambil masa 10 minit untuk periksa kawasan rumah. Bersihkan bekas yang tidak digunakan, buang air bertakung dalam alas pasu dan penapis air dan pastikan sampah diikat kemas. Jangan biarkan nyamuk membiak di sekeliling anda! #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramBERSIAP SEBELUM BANJIR, LINDUNGI INSAN TERSAYANG Ada ibu hamil, pesakit terlantar atau pesakit hemodialisis dalam keluarga? Rancang persediaan mereka lebih awal. ✅ Sediakan ubat, rekod kesihatan dan keperluan penjagaan. ✅ Rancang pengangkutan serta tempat pemindahan. ✅ Bincangkan keperluan pesakit dengan pasukan kesihatan. ✅ Jika ibu hampir bersalin, hubungi fasiliti kesihatan berhampiran. ✅ Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Jangan tunggu air naik. Persediaan awal ialah tanggungjawab bersama keluarga. #PersediaanBanjir #BersediaSebelumBanjir #KKM #MyHEALTHKKM Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в Telegram🎶 Nak lebih ceria? Jom aktifkan diri! Setiap langkah menguatkan otot dan menyihatkan badan. Semua orang boleh bergerak aktif setiap masa! Mulakan langkah hari ini untuk masa depan yang lebih bertenaga! #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramSediakan keperluan keluarga lebih awal supaya mudah dibawa apabila perlu berpindah. ✅ Pakaian, makanan dan minuman berbungkus. ✅ Kit kebersihan diri. ✅ Bekalan ubat dan buku rekod kesihatan. ✅ Keperluan bayi dan anak. ✅ Lampu suluh dan power bank yang telah dicas. Simpan ubat serta rekod kesihatan dalam bekas kalis air dan letakkan beg di tempat yang mudah dicapai. Bersedia awal, lebih tenang. Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. #PersediaanBanjir #BersediaSebelumBanjir #KKM #MyHEALTHKKM Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramAdakah perkembangan anak anda di tahap yang sepatutnya? Jangan ambil mudah jika si manja lambat berjalan , lambat bercakap, sukar makan atau menyusu, otot lemah, berat badan tidak meningkat dan perkembangan merosot. Tanda-tanda amaran atau "Red Flags" petanda awal Penyakit Jarang Jumpa ini memerlukan perhatian segera. Bertindak sekarang kerana intervensi awal adalah kunci untuk membantu anak kita capai potensi sepenuhnya. Kesan awal, rawat awal! ❤️ #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramKekal Aktif, Kekal Sihat Kagum tengok semangat Atuk bersenam setiap hari semata-mata nak tunggu cucu kesayangan pulang ke kampung. Jom amalkan gaya hidup aktif bermula hari ini untuk penuaan yang lebih sihat pada masa hadapan. Kekal cergas supaya kita dapat meluangkan lebih banyak masa bermakna bersama yang tersayang. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в TelegramIbu bapa, percayalah naluri anda! Jika anda perasan anak lambat berjalan, lambat bercakap atau tiba-tiba hilang kemahiran sedia ada, jangan tunggu lagi kerana itu merupakan antara petanda awal Penyakit Jarang Jumpa. Kenali tanda-tanda amaran perkembangan anak-anak dan sentiasa percayai gerak hati anda jika ada sesuatu yang tidak kena. Rujuk buku rekod kesihatan dan bawa anak berjumpa doktor dengan segera di fasiliti kesihatan terdekat. Ingat, tindakan awal membawa perubahan besar dalam perkembangan kanak-kanak! #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Открыть в Telegram𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 - 𝐊𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa hantaran tular berhubung arahan kuarantin di rumah selama seminggu bagi individu yang melawat Thailand, susulan dakwaan penularan varian baharu COVID-19 “PJ.2.1”, adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔. KKM tidak pernah mengeluarkan pengumuman berkenaan. Untuk makluman, perintah kuarantin semasa ketibaan bagi pengembara yang memasuki Malaysia telah dimansuhkan sejak 1 Ogos 2022, dan tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan berhubung perkara ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Sebarang makluman rasmi berhubung kesihatan awam hanya akan dikongsikan menerusi saluran rasmi KKM 🇲🇾 ✅ Semak sebelum kongsi: www.moh.gov.my | sebenarnya.my #KKMPrihatin #TolakBeritaPalsu #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Открыть в Telegram