Kempen "Lelaki Subuh" Menyebar ke Seluruh Dunia Islam Inisiatif 'Rijal al-Fajr' atau 'Lelaki Subuh' bermula di wilayah Sétif, Algeria dengan seorang guru al-Quran mengajak kanak-kanak untuk menghadiri solat Subuh, dengan cepat memberi inspirasi kepada beribu-ribu kanak-kanak Islam di Qatar, Jordan, Maghribi dan sekitarnya @shahrowaulam
Открыть в TelegramПосты канала Shahrowaulam
#MyanmarSRWL Rejim Zionis secara aktif menyumbang kepada Genosid Rohingya dengan penjualan senjata yang berterusan sekurang-kurangnya sehingga 2022. . https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/israel-supplied-arms-to-myanmar-until-2022-despite-embargo-military-coup-report/ . https://www.haaretz.com/israel-news/2019-05-19/ty-article/.premium/israel-arms-sales-to-dictators-pariahs-states-alarming-picture/0000017f-e8d7-dc91-a17f-fcdfafb40000 @shahrowaulam
Открыть в TelegramIsrael membekalkan senjata kepada kerajaan yang telah dilabelkan sebagai operasi genosid Israel secara senyap-senyap menjadi tuan rumah kepada ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing dan mengukuhkan hubungan ketenteraan di tengah-tengah penganiayaan terhadap Rohingya—sementara . https://www.mako.co.il/pzm-magazine/Article-5967c8c31b42f51006.htm @shahrowaulam
Открыть в TelegramUK Akan Mengusir Tentera Myanmar Atase Susulan Keputusan Genosid ICJ; Gesaan untuk Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB @shahrowaulam
Открыть в TelegramTindakan keras ketenteraan terhadap golongan minoriti yang kebanyakannya beragama Islam di negara tersebut telah memaksa lebih 730,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. Keputusan pada hari Khamis ini merupakan kali pertama sesebuah negara didapati bertanggungjawab atas jenayah genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). @shahrowaulam
Открыть в Telegram#MyanmarSRWL Presiden ICJ, Yuji Iwasawa, menyatakan bahawa pasukan keselamatan Myanmar telah membunuh ribuan orang awam Rohingya. Bukti yang dikemukakan menunjukkan kira-kira 10,000 orang telah terkorban. Mahkamah turut menyatakan bahawa anggota tentera Myanmar melakukan keganasan seksual secara meluas, melakukan keganasan melampau terhadap kanak-kanak serta menyerang orang awam ketika mereka sedang melarikan diri. Menurut mahkamah, "satu-satunya kesimpulan yang munasabah" ialah Myanmar mempunyai niat untuk memusnahkan "sebahagian besar" daripada kumpulan etnik tersebut. Mahkamah mengarahkan Myanmar supaya memberikan pampasan dan melaksanakan langkah pemulihan, termasuk memudahkan kepulangan etnik Rohingya secara selamat dan sukarela, mencari individu yang masih hilang serta melindungi masyarakat Rohingya di negara itu daripada penganiayaan.
Открыть в TelegramEisenkot menerima sokongan daripada 67 orang ahli parlimen, berbanding hanya 46 orang yang menyokong Netanyahu Kini, Eisenkot diberikan tempoh 28 hari untuk membentuk kerajaan, dengan kemungkinan mendapat lanjutan selama dua minggu. Namun, terdapat satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Sokongan daripada 67 orang ahli parlimen itu tidak bermakna kesemua mereka benar-benar bersedia untuk menyertai kerajaan yang sama. Ini kerana beberapa parti yang berpotensi menjadi rakan gabungan kerajaan enggan bekerjasama antara satu sama lain. Jadi, Netanyahu masih belum kehilangan jawatan Perdana Menteri sepenuhnya. Namun, selepas bertahun-tahun memegang tampuk pemerintahan, kini dia menyaksikan pesaing terbesarnya mendapat peluang pertama untuk menggantikannya. Dan buat pertama kalinya, Netanyahu bukan lagi individu yang memegang mandat untuk membentuk kerajaan. @shahrowaulam
Открыть в TelegramSebarkan sempena musim hack tengah mengganas sekarang ni Hati-hati semua. Sekarang ni banyak kes orang menerima fail ".zip" yang mencurigakan melalui WhatsApp, lengkap dengan mesej yang nampak macam urusan rasmi syarikat. Kalau korang dapat fail yang meragukan macam ni, jangan terburu-buru untuk download atau buka. Walaupun fail tu dihantar oleh kawan/kenalan sendiri, pastikan korang sahkan terlebih dulu dengan individu berkenaan. Tak mustahil akaun WhatsApp mereka sebenarnya sudah digodam/hack dan digunakan untuk menyebarkan fail berbahaya. Tapi, bukan semua fail ZIP itu bahaya. Isunya timbul apabila kita buka atau jalankan sesuatu fail tanpa mengetahui kandungan sebenar di dekat dalam. Jadi, biasakan diri untuk selalu verify/double confirm dulu sebelum buka sebarang fail yang dapat. @shahrowaulam
Открыть в Telegram