Посты канала Najib Razak
Innalillahiwainnailaihirojiun Salam takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Al-Fatihah
Открыть в TelegramBagi pihak Dato’ Sri Najib Razak, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, ahli-ahli UMNO, kepimpinan UMNO serta Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, atas sokongan, keprihatinan dan solidariti yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua yang sejak awal bertanya bagaimana mereka boleh membantu. Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada Tabung Solidariti Najib Razak, sumbangan kini boleh dibuat melalui saluran rasmi yang diselia oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia: Nama Akaun: PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) Bank: CIMB ISLAMIC No. Akaun: 8604886094 Segala sumbangan adalah secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing. Terima kasih kepada semua yang terus bersama DS Najib dan keluarganya dalam waktu ini. Setiap doa, kata-kata semangat dan sokongan amat dihargai.
Открыть в TelegramSemoga tanah air kita kekal aman, makmur, dan bersatu padu. Selamat Hari Malaysia ! 🇲🇾 🤝
Открыть в TelegramAmat sedih bila baca mengenai nahas helikopter petugas kesihatan di Marudi semalam. Semoga ahli-ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Takziah diucapkan. Pernah singgah di Long Jegan, Marudi dan beberapa kawasan lain sekitar tahun 2016. Sempat meluangkan sedikit masa dengan staf-staf perubatan yang bertugas di kawasan pedalaman masa itu. Cukup mencabar tugasan mereka kerana isu akses, infrastruktur, dan keadaan berbanding di bandar. Tanggungjawab kita sebagai kerajaan adalah untuk pastikan perkhidmatan dan bantuan sampai kepada semua rakyat termasuk penduduk kawasan pedalaman. Tidak ramai tahu bahawa bantuan seperti BR1M pada awal dahulu pegawai kerajaan diiringi anggota keselamatan hantar dengan menggunakan bot. Staf-staf perubatan pula ditugaskan mengikut jadual untuk beri khidmat kesihatan, dan bekalan ubatan juga dihantar. Sumbangan dan pengorbanan mereka mulia dan sangat dihargai. Di Semenanjung Malaysia juga ada kawasan pedalaman seperti Hulu Tembeling di Pahang dan Hulu Kelantan dan staf kesihatan yang memberi perkhidmatan tetapi kini lebih mudah kerana sudah ada sistem jaringan jalan raya. Di Sabah dan Sarawak ada kawasan masih amat sukar kerana pelbagai faktor terutamanya infrastruktur. Itulah sebabnya juga kenapa pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum 2018 laksanakan 2 fokus utama - NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Lebuhraya Pan Borneo. Semoga segala urusan para petugas dipermudahkan dan sentiasa utamakan keselamatan.
Открыть в TelegramRombongan kemerdekaan ke London pada Januari 1956. Diketuai Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Titik tolak utama kepada kejayaan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Di hujung sebelah kiri sekali adalah Allahyarham Tun Razak. Ketika itu, Allahyarham Tun Razak merupakan Menteri Pelajaran (kini dikenali Menteri Pendidikan) dan yang pertama memegang portfolio ini. Perjuangan mereka semua menuntut pengorbanan besar yang harus kita hargai dan warisi. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Merdeka!
Открыть в TelegramKENYATAAN MEDIA KEMAS KINI BERHUBUNG PROSEDUR PERUBATAN YANG DIJALANI OLEH DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta semua pihak yang menyampaikan doa, ucapan sokongan dan keprihatinan susulan prosedur koronari yang dijalani oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak hari ini. Berikutan siri penilaian perubatan yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu, pihak doktor telah mengesan penyumbatan pada salur darah koronari yang memerlukan penilaian lanjut melalui angiogram koronari. Berdasarkan penemuan tersebut, pasukan perubatan telah menasihatkan bahawa terdapat kebarangkalian yang dianggarkan sebanyak 95% bahawa Dato’ Sri Najib akan memerlukan intervensi lanjut dalam bentuk angioplasti belon dan/atau pemasangan stent. Setelah angiogram koronari dan penilaian menyeluruh selesai dijalankan hari ini, pakar-pakar yang merawat mendapati bahawa baik angioplasti belon mahupun pemasangan stent tidak diperlukan. Sebaliknya, penyumbatan tersebut boleh dikawal secara berkesan melalui ubat-ubatan, pemantauan perubatan berterusan dan rawatan susulan. Keputusan untuk meneruskan prosedur hari ini dibuat sepenuhnya berasaskan keperluan perubatan dan penemuan klinikal yang ada pada ketika itu. Memandangkan kebarangkalian yang tinggi bahawa intervensi lanjut akan diperlukan, kebimbangan terhadap prosedur tersebut adalah nyata dan berasas. Mujurlah, angiogram koronari tersebut menunjukkan bahawa penyumbatan itu boleh dikawal tanpa memerlukan angioplasti belon atau pemasangan stent. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Dato’ Sri Najib kini berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan proses pemulihan di bawah pengawasan rapi doktor yang merawat. Pihak keluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pakar kardiologi, pakar kardiotorasik, jururawat serta seluruh pasukan perubatan di Pusat Kardiotorasik dan Kardiologi, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, atas profesionalisme, kepakaran dan penjagaan berdedikasi yang cemerlang sepanjang proses ini. Pihak keluarga juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa, sokongan dan ucapan baik yang berterusan. Dikeluarkan oleh: Tetuan Shafee & Co. Peguambela & Peguamcara Peguamcara bagi pihak Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak 25 Julai 2026
Открыть в TelegramTerima kasih guys atas doa dan ucapan hari lahir. Sangat terharu masih ada yang ingat. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya, segala doa yang baik dimakbulkan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan baik.
Открыть в Telegram