Посты канала My #HadithTime
Doa Malaikat Buat Orang Yang Bersedekah ========== 1. Sekiranya anda ingin mendapat doa daripada para malaikat, maka jadilah sebahagian daripada golongan yang disebutkan dalam hadis Nabi, antaranya, golongan yang bersedekah. 2. Orang yang bersedekah akan menerima doa daripada para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا “Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).” (HR al-Bukhari) 3. Rebutlah peluang untuk menjadi orang yang didoakan oleh Allah dan para malaikatNya ini. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 49 ч | 530 |
| 68 ч | 562 |
- Всего сейчас562
MOHON AMPUN WALAU DOSA MENCECAH LANGIT Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي "Wahai anak Adam, selagi mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan semua dosamu dan Aku tidak kisah pun. يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي Wahai anak Adam, kalaulah dosamu banyak sehingga mencecah langit sekalipun, lalu kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan dosamu dan Aku tidak kisah pun. يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً Wahai anak Adam, jika kamu datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini, lalu kamu datang berjumpa-Ku dalam keadaan tidak mensyirikkan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan seisi penuh bumi ini. (Jami' al-Tirmizi, no. 3540) 1. Allah sentiasa menyeru hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya. Kesediaan dan kesedaran hamba Allah amat penting untuk dia kembali memohon keampunan kepada Allah. 2. Sekalipun dosa hamba itu besar dan banyak, keampunan Allah itu lebih besar dan banyak. Akan tetapi bukanlah ini menjadi sebab menangguh-nangguhkan taubat dan melakukan dosa. 3. Dosa syirik tidak akan mendapat keampunan Allah sehinggalah dia kembali mengucap kalimah syahadah dan bertaubat. 4. Jangan putus asa daripada rahmat Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya selagi masanya ada. Semoga Allah kasihan kepada kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita. ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 49 ч | 496 |
| 68 ч | 527 |
- Всего сейчас527
KEKUATAN SPIRITUAL TINGKAT DAYA TAHAN PESAKIT Pesakit bukan sahaja memerlukan rawatan fizikal, tetapi juga kekuatan spiritual untuk terus bermotivasi. Menurut Dr Ahmad Fahmi Md Sahray, Ketua Unit Spiritual dan Kesihatan, Hospital Sungai Buloh, sokongan rohani membantu pesakit mengurus emosi dan menghadapi kesakitan. Kupas lebih lanjut di Konvensyen My #HadithTime 2026. 📅 6 Disember 2026 📍 Setia City Convention Centre 🔗 myhadithtime.com/konvensyen2026/ 📰 Sinar Harian | 23 November 2026
Открыть в TelegramBacalah Kisah Dari al-Quran ======== 1. Sekiranya jiwa sedang mengalami kemurungan atau semangat kian luntur, maka bacalah kisah-kisah dari al-Quran. Allah mempersembahkan lembaran kisah ini kepada Rasulullah bagi mengukuhkan jiwanya dalam menghadapi ujian kaumnya. Firman Allah: وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ “Dan tiap-tiap kisah dan berita para Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk mengukuhkan hatimu dengannya.” 2. Apa yang dimaksudkan bagi mengukuhkan jiwa Rasulullah ini? Menurut Ibn Asyur, kisah-kisah daripada al-Quran ini memberikan ketenangan jiwa buat Rasulullah yang sedang menghadapi tekanan yang amat dahsyat dari kaumnya. Kata Ibn Asyur: حقيقته التسكين في المكان بحيث ينتفي الاضطراب والتزلزل “(maksud pengukuhan jiwa ini) hakikatnya ialah memberikan ketenangan (dalam jiwa) yang sedang bergelojak, tidak tenteram (atau merasa sempit). 3. Begitulah mukjizat dan kekuatan al-Quran. Saat jiwa sedang tidak tenteram maka bacalah al-Quran. Perhatikan kisah-kisah di dalamnya. Ia adalah kaedah yang dianjurkan oleh al-Quran sendiri dalam memberikan ketenangan jiwa buat orang yang beriman. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ====== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026
Открыть в TelegramKESIHATAN KEKAYAAN SEBENAR, PPAS SOKONG MY#HADITHTIME Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan menerusi penganjuran Konvensyen My#HadithTime yang bertemakan kesejahteraan. Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, kesihatan merupakan aset penting yang membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat. Menurutnya, PPAS berbesar hati menjadi penganjur bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi meneruskan usaha Allahyarham Marhaini Yusoff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif WUIF. “Alhamdulillah, PPAS sebagai penganjur bersama WUIF berbesar hati dapat menyambung usaha Allahyarham Marhaini yang amat komited dalam menganjurkan Konvensyen My#HadithTime ini sehingga akhir hayatnya. “Kekayaan sebenar adalah kesihatan. Oleh sebab itu, amat sesuai Konvensyen My#HadithTime ini mengetengahkan tema kesejahteraan atau wellness,” katanya kepada Sinar Harian. Konvensyen My#HadithTime bertajuk *The Prophetic Wellness: Who Heals You?* bakal berlangsung pada 6 Disember 2026, dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Ballroom 1, Setia City Convention Centre (SCCC). Program itu mengetengahkan panduan penjagaan kesihatan berteraskan al-Quran dan hadis, selain menekankan keyakinan kepada ALLAH SWT sebagai penyembuh serta kepentingan ilmu dan kepakaran perubatan. Pengisiannya termasuk panduan Prophetic Wellness, kupasan hadis berkaitan kesihatan dan perkongsian ilmu bersama ilmuwan agama serta pakar perubatan. Konvensyen berbahasa Melayu ini turut menjadi acara penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026. “Kita perlu sama-sama belajar tentang cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Apabila kita sihat, kita mempunyai tenaga dan kemampuan untuk terus bekerja, berbakti serta berjuang,” katanya. ===== Ayuh daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime melalui pautan: https://myhadithtime.com/konvensyen2026
Открыть в TelegramMY#HADITHTIME: ‘HEALING’ CARA QURAN DAN SUNNAH Dalam persekitaran yang kian mencabar, istilah ‘healing’ atau proses memulihkan diri semakin mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat, khususnya ketika berdepan tekanan emosi, keresahan jiwa dan keletihan mental. Namun, sejauh manakah usaha mencari ketenangan dan kesembuhan itu benar-benar berpandukan landasan yang tepat? Konvensyen My#HadithTime 2026 mengajak kita semua menelusuri semula petunjuk dari al-Quran dan Hadith tentang siapakah yang menyembuhkan luka kita dalam kehidupan. Dengarkan perkongsiannya dalam Interviu pada 20 November 2026 (Jumaat) jam 10 pagi secara langsung dari Studio F Karangkraf Shah Alam atau di platform digital Sinar Harian. ➡️ https://www.facebook.com/share/v/1EJwoe5Tuu/?mibextid=wwXIfr ➡️ https://www.youtube.com/live/NZznHbh2wUo?si=58WWSr_cGJUy4rDa
Открыть в TelegramMereka Yang Menahan Diri Daripada Maksiat ======= Berdasarkan beberapa hadis dan ayat al-Quran, terdapat beberapa jenis manusia yang boleh dikategorikan sebagai manusia hebat. Antaranya ialah mereka yang menahan diri daripada maksiat. Rasulullah SAW memuji mereka yang berjaya menahan diri daripada maksiat dalam keadaan dia berpeluang melakukan maksiat tersebut. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Открыть в TelegramDOA RASULULLAH UNTUK BERLINDUNG DARIPADA PENYAKIT BERBAHAYA Rasulullah SAW pernah memohon perlindungan daripada beberapa penyakit berat dan buruk kesannya sama ada kepada diri pesakit atau orang sekeliling. Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang buruk.” (Sunan Abi Dawud, no. 1554) Hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim diajar untuk bergantung dan berlindung kepada Allah dalam semua keadaan, termasuk dalam urusan kesihatan. Semoga Allah memelihara kita daripada penyakit-penyakit yang dahsyat dan memeritkan. ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Открыть в TelegramDOA APABILA BADAN SAKIT Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat cara meruqyah diri sendiri. Uthman bin Abi al-'As RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesakitan yang beliau rasa pada tubuh badan sejak beliau memeluk agama Islam. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ "Letak tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit. Kemudian, bacalah Bismillah (Dengan nama Allah) sebanyak 3 kali dan bacalah 7 kali A'uzubillah wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaazir (Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya daripada keburukan yang aku rasa dan yang aku bimbang)." (Sahih Muslim, no. 2202) 1. Letakkan tangan pada bahagian badan yang sakit. 2. Baca بِسْمِ اللَّهِ sebanyak 3 kali. 3. Kemudian baca sebanyak 7 kali: أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ "Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya daripada keburukan yang aku rasa dan yang aku bimbang." Apabila sakit, seorang Muslim boleh meruqyah dirinya sendiri dengan doa ini, sambil berikhtiar mendapatkan rawatan. Doa dan rawatan kedua-duanya ialah usaha memohon kesembuhan daripada Allah. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua. ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
Открыть в Telegram20 HARI LAGI! Ayuh sertai Konvensyen My #HadithTime 2026, The Prophetic Wellness: Who Heals You? • Tarikh: 6 Disember 2026 (Ahad) • Masa: 8:00AM - 4:30PM • Tempat: Setia City Convention Centre, Shah Alam TEMPAT TERHAD! Daftar sekarang! Imbas kod QR pada poster atau daftar melalui pautan: https://myhadithtime.com/konvensyen2026
Открыть в TelegramJumuah Mubarakah! Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan tuan/puan bagi menaja pelajar menyertai Konvensyen My #HadithTime 💰 Dana Terkumpul: RM11,050.40 🎓 147 / 200 pelajar telah ditaja setakat ini 👥 243 penyumbang telah bersama-sama menyumbang ➡️ Taja pelajar di sini: https://myhadithtime.com/taja-peserta/ Kami masih membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menaja lebih ramai pelajar menghadiri Konvensyen My #HadithTime Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham pahala yang berterusan, melalui ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan oleh para pelajar ini. ➡️ Taja pelajar di sini: https://myhadithtime.com/taja-peserta/
Открыть в Telegram