📅 Tarikh penting pelaksanaan Sistem Amaran Awal (EWS)! Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat ujian akan dijalankan bagi memastikan sistem ini bersedia untuk menyampaikan amaran kecemasan kepada orang awam. Berikut merupakan tarikh penting yang perlu anda ketahui: 📌 19 November 2026 – Ujian Teknikal 📌 23 November 2026 – Ujian Simulasi 📌 29 November 2026 – Ujian Seluruh Negara 📌 Selepas pengujian – Operasi Penuh, tertakluk kepada pengesahan kesiapsiagaan sistem. Ikuti perkembangan terkini EWS melalui saluran rasmi MCMC. #MCMC #EWS #SistemAmaranAwal
Открыть в TelegramПосты канала MKN Sabah (Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah)
Переслано из Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI (MKN, JPM) KESIAPSIAGAAN NEGARA DIPERKUKUH, SITUASI KESELAMATAN KEKAL TERKAWAL #MalaysiaMadani #TaatSetia #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Открыть в TelegramПереслано из Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
" Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meneliti implikasi tindakan beberapa negara, seperti Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun yang mengeluarkan arahan dan nasihat kepada warganegara mereka supaya mempunyai stok barang makanan selama tiga sehingga sepuluh hari yang disebabkan oleh keadaan antarabangsa tidak menentu, terutama berikutan serangan siber yang menyeluruh dan menggemparkan yang melanda seluruh infrastruktur digital Eropah dan dunia Barat termasuk sistem pentadbiran. Kerajaan meneliti serangan hibrid digital dan siber, dan kedua apakah benar ancaman dan serangan ke atas beberapa Negara Teluk khususnya Iran akan menjejaskan penggunaan nuklear. Yang ketiga, apakah perkembangan politik Eropah itu akan menjejaskan sistem pentadbiran memberi kesan kepada kita. " YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara #MalaysiaMadani #TaatSetia #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
Открыть в TelegramПереслано из Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
Larangan penggunaan aplikasi Waze merupakan langkah kerajaan bagi melindungi keselamatan data, rakyat dan kedaulatan maklumat negara yang tidak boleh dikompromi.
Открыть в Telegram𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐈 𝟏𝟓𝟎 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓-𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 KOTA KINABALU, 13 Oktober 2026 – Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut supaya ditutup sementara waktu. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah tersebut bertujuan melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan. Arahan itu turut selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Setakat ini, semua sekolah di Tawau diarahkan ditutup mulai Rabu, 14 Oktober 2026, berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, disaran mengikuti pengumuman rasmi pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi jerebu dan operasi sekolah.
Открыть в Telegram