Kecurian kabel ini tidak boleh diselesaikan melalui satu pihak yang mencuri sahaja. Tanpa pembeli ia menjadi tidak berharga. Selagi di negara ini ada pembeli barang-barang curi atau rompak maka ia akan menjadikan satu karier kepada pencuri. Oleh itu, siasat semua kilang-kilang dan tangkap mereka yang menjadi pembeli kepada kabel curi ini. Pastikan penguasa yang bersengkokol juga di tangkap! Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Ps: Apakah benar ekonomi kita sedang berada di dalam keadaan baik sehinggakan kecurian berleluasa? Rahmat Balong Presiden Anak Malaysia Cintakan Keamanan (AMCK)
Открыть в TelegramПосты канала Melayu (Official)
Apa cerita projek sekolah bestari YTL dulu yang dikatakan Sakau oleh seseorang? Adakah Melayu mudah atau sudah lupa? Pautan dulu dulu: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1294169/kronologi-kes-1bestarinet Ahmad Enterprise Ketua Pegawas Sekolah
Открыть в TelegramSaman terhadap syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu difailkan pada 23 Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. https://www.sinarharian.com.my/article/806024/berita/semasa/mcmc-saman-google-rm300-juta
Открыть в TelegramLelaki tular serang warga tua dengan siku selepas berlaku kemalangan. Sekuat mana pun kita, jika tidak boleh sabar, jalan dan berlalu pergi sahaja lebih baik. Pentingnya orang islam mengutamakan solat dalam kehidupan mereka untuk menjadikan mereka orang-orang yang bersabar. Semoga pakcik itu dalam keadaan yang baik sahaja.
Открыть в TelegramSepanjang Zaman Kerajaan Madani, tiada langsung Pejabat Tanah yang di dakwa kerana rasuah? Di Selangor dan WP banyak yang telah didedahkan oleh rakyat. Apakah SAKAU telah diwarisi? Rakyat pula yang perlu mendedahkan. Sebab itu keyakinan rakyat kepada Kerajaan Madani ini telah jatuh teruk. Mereka telah mewarisi SAKAU malahan lebih teruk. Rahman Karim Penguatkuasa tidak bergaji dan berintegriti
Открыть в TelegramBumi yang Allah swt jadikan penuh dengan kekayaan di rompak oleh pemimpin politik. Keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Ketamakkan dan kerakusan kuasa menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Apabila mereka mati mereka akan sedar satu sen pun mereka tidak dapat bawa untuk mengadap ilahi. Semoga mereka ini semua Allah swt berikan perasaan menghadapi sakaratul maut supaya mereka sedar tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat.
Открыть в TelegramCuba ada lihat mereka yang hadir dari PH kehidupan sebelum dan selepas? Jika sebelum mereka berkuasa hidup biasa-biasa sahaja, tetapi setelah mereka berkuasa majlis luar biasa, itulah di panggil Sakau! Tapi Sakau kali ini dasyat, Orang Melayu jadi mangsa. Melayu paling teruk adalah Melayu yang jujur. Mereka menunggang agama untuk kelirukan anda. Jangan terperangkap dengan penipuan ini! Maksiat berleluasa, jadi agama apa yang membenarkan maksiat berleluasa tetapi di pentas bercerita tentang agama? Munafik ini bermula dari kepimpinan! Malaysia dipenuhi dengan pemimpin Munafik. Sebab yang beriman tidak berani bangkit! Nashrul Ibrahim Pengerusi Silat Anak Kedah Arah Utara (SAKAU)
Открыть в TelegramTindakan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman ini diwujudkan oleh DAP secara senyap. Pemimpin-pemimpin DAP yang celupar ini perlu dikenakan tindakan. Apakah PMX masih tidak sedar mengapa rakyat membenci PH? Kerana mereka menyentuh agama kita. Apakah PMX masih ingin mempertahankan kebiadapan ini?
Открыть в TelegramAre DAP or PH leaders disgracing the Yang di-Pertuan Agong (YDPA)? Look at social media: when they share the outcome of the pardons board meeting, it opens room for the public to question the YDPA's powers. The National Security Council should look into this issue more closely, because it poses a threat that may come not only from within but also from outside. There are matters we need to examine calmly, not emotionally, and look at the situation as a whole. Lim Wong Malaysian citizen
Открыть в TelegramMasalah PH hari ini adalah mereka tidak mempunyai identiti sendiri. Mereka hanya mengubah identiti pemimpin dan polisi kerajaan sebelum ini, kemudian claim itu adalah kejayaan mereka. Dan akhirnya rakyat tersedar. Punca dari syoksendiri, ceplos mereka setiap pagi petang dalam malam cuba menghantar mesej dan menyakinkan bahawa kejayaan ini kononnya dari mereka. Mereka terlupa internet yang mereka gunakan juga boleh menembak kaki sendiri. Nasihat pakcik, elok belajar rendah diri. Orang Malaysia terutama Melayu memerhati dalam senyap. Mereka pernah menyebabkan Israel menjadi koyak. Kalau perangai pemimpin mcm israel, sudah tentu mereka mampu koyakkan lagi cara kalian berfikir. Berhati-hati apabila rakyat ada banyak masa di media sosial. Pertama: ekonomi tempatan lemah, kedua: mereka lebih banyak menilai. Robin Batman Sarawak
Открыть в TelegramMasalah Menteri DAP ini, mereka merasakan diri mereka pejuang Melayu yang sebenar, tetapi mereka gagal memahami masalah sebenar orang Melayu. PMX pula meletakkan mereka menjaga hal ehwal Melayu hanya kerana mahu mereka mendekati orang Melayu. Itu juga gagal kerana mereka hanya memahami Melayu kapitalis. Sebagai contoh, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi gagal memahami proses permohonan TEKUN apabila menjadikan CTOS dan CCRIS sebagai syarat. Jika TEKUN juga sudah menjadi seperti bank, tidak guna kita ada peruntukan Bumiputera. Ia hanya melepaskan batuk di tepi tangga. Sebab itulah kerajaan Madani gagal memahami masalah sebenar rakyat, selain merasakan diri mereka terlalu antarabangsa. Pemimpin mereka sibuk bermain naratif di media sosial sahaja, dan hanya turun padang ketika kempen Pilihan Raya. Pasti bungkus! Rohana Kassim Usahawan Wanita Malaysia (terkesan selepas COVID dan polisi kerajaan yang bertukar-tukar)
Открыть в TelegramUsah melarikan isu KLSCAH kepada isu Najib. Isu Najib ada saluran yang boleh di bawa iaitu ke Mahkamah. Isu ini tiada saluran. Perlu ada satu siasatan telus! Buat siasatan dan tarik semula jika merugikan kerajaan!
Открыть в TelegramSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita terhadap kegagalan berterusan kerajaan negeri menangani isu banjir yang masih berlarutan walaupun pelbagai nasihat telah diberikan sebelum ini. "Setiap tahun diperuntukkan bajet bagi mengatasi banjir, namun hasilnya masih tidak memuaskan dan rakyat terus terkesan khususnya di kawasan perumahan di beberapa daerah," titah Sultan Selangor. https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/776440
Открыть в TelegramMalaysia memang kaya dengan hasil bumi yang Allah SWT jadikan. Kita bukan tidak tahu, tetapi kita menyembunyikannya kerana sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan ketamakan manusia di dunia ini. Malangnya, kerajaan hari ini telah membuka pintu seluas-luasnya dan memberitahu dunia apa yang kita miliki. Ia sudah tidak lagi menjadi rahsia. Malah, ia menjadikan syarikat-syarikat gergasi semakin rakus, dan syarikat-syarikat tempatan pula menjadi mangsa. Syarikat gergasi ini hanya menguntungkan segelintir pihak, sedangkan kekayaan dan sumber kita dibawa pulang ke negara mereka. Kita perlu berhati-hati kerana risiko yang diambil terlalu tinggi. Jika risiko sebesar ini ditanggung oleh sebuah syarikat, mungkin tidak mengapa. Namun, ini melibatkan sebuah negara. Kerajaan hari ini pula ialah kerajaan yang tidak stabil. Kegagalan mereka mengawal dasar akan memberi kesan besar terhadap risiko yang diambil. Pemimpin atasan tidak pernah tahu apa yang sebenarnya berlaku di peringkat bawah, kerana mereka yang menghantar laporan hanya mahu menjaga periuk nasi, lalu laporan yang disampaikan sentiasa cantik belaka. Hakikatnya, realiti tidak seindah yang digambarkan. Oleh itu, saya yakin kerajaan ini akan tumbang. Bukan kerana reformasi, tetapi kerana kawalan dan tekanan yang dahulunya dikenakan terhadap musuh politik kini telah dipindahkan kepada rakyat. Ini adalah kezaliman akibat persengketaan politik yang lama dan berpanjangan. Anak-anak muda yang menerajui media politik pula tidak memahami sejarah sebenar negara. Mereka hanya mengelirukan rakyat dengan propaganda demi memastikan "tauke" mereka terus berkuasa. Semoga Allah SWT menurunkan hidayah kepada para pemimpin ini melalui kesedaran. Berhentilah, atau musibah akan terus melanda negara. Ishak Ramli Tentera
Открыть в TelegramBilal dapat kerakyatan Malaysia sejak 2025 dan pegangan saham bernilai RM 1.8juta dalam Syarikat Bhuiyen Resources Sdn Bhd sebagai Director No.2 Manakala isteri bangsa Melayu Malaysia pula dapat jadi Director No.1 dalam Syarikat Bhuiyen Resources Sdn Bhd dengan pegangan saham bernilai RM 1.00 Berapa ramai wanita Malaysia yang menjadi tunggangan warganegara asing demi perniagaan. Mereka mengambil kesempatan ke atas sistem bantuan orang Melayu. Penguatkuasaan perlu diperkukuhkan untuk suami yang baru menjadi warganegara perlu mempunyai sekurangnya 15 tahun hubungan perkahwinan untuk memiliki majoriti.
Открыть в Telegram