TIADA KOMPROMI: PDRM & TUDM TUMPASKAN RANGKAIAN SINDIKET DADAH BERNILAI RM4.83 JUTA Hasil risikan bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari 2026 bersama Cawangan Provost Marshal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menumpaskan rangkaian sindiket penyeludupan dadah dalam operasi pada 17 dan 19 November lalu. Siasatan awal dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan kerajaan sedia menggunakan peruntukan undang-undang jenayah terancang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi melumpuhkan keseluruhan rangkaian sindiket daripada pembiaya hingga ke dalang utama yang telah dikenal pasti. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan integriti negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #KDNMADANI #YakinMADANI #KeselamatanTanggungjawabBersama
Открыть в Telegram
Kementerian Dalam Negeri
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры58Пересылки0Реакции—Комментарии—
- 02Просмотры44Пересылки0Реакции—Комментарии—
- 03Просмотры44Пересылки0Реакции—Комментарии—
- 04Просмотры43Пересылки0Реакции—Комментарии—
Новые посты
NOTIS MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN Dimaklumkan bahawa talian hotline Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengalami masalah teknikal buat masa ini. Sehubungan itu, orang ramai boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau semakan permohonan menerusi saluran alternatif berikut: E-mel: [email protected] / [email protected] Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan (SSPK): https://sspk.jpn.gov.my SISPAA: www.moha.spab.gov.my Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda. #KDNMADANI #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #KeselamatanTanggungjawabBersama
Открыть в Telegram3 HARI LAGI! WARGA KDN, JOM MERIAHKAN PROGRAM TOWNHALL DAN PEMANTAPAN SINERGI KDN 2026! Kemeriahan Program Sesi Townhall dan Pemantapan Sinergi Bersama Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Dalam Negeri Tahun 2026 semakin terasa! Berbaki tiga (3) hari sahaja lagi sebelum warga KDN bersama keluarga berkumpul bagi memeriahkan program yang bertemakan “Kasih Keluarga, Jiwa Negara”. Pelbagai aktiviti menarik menanti, antaranya Tarik Tali, Freeze Action, Tarik Upih dan F1 Race. Turut disediakan aktiviti khas kanak-kanak seperti Face Painting, Badut, Soopa Doopa dan Memancing Ikan Laga. Lebih istimewa, peserta berdaftar bakal menerima goodies, selain T-shirt percuma untuk warga KDN serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik! 📅 29 November 2026 (Ahad) ⏰ 7.30 pagi hingga 2.00 petang 📍 Padang Semarak, Wetland, Putrajaya Ayuh warga KDN, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Bawa keluarga dan raikan kebersamaan dalam suasana penuh kemesraan!
Открыть в TelegramPERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BULAN NOVEMBER PUTRAJAYA, 26 November 2026 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan November yang dihoskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, dan diiringi YBhg. KJP Hafidz bin Othman, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Antara intipati ucapan YB Menteri Dalam Negeri ialah merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia atas komitmen melaksanakan fungsi pemulihan dan pemasyarakatan, selain mengiktiraf kejayaan program latihan kemahiran, pendidikan serta peluang pekerjaan kepada prospek. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan penjara, malah memberi peluang kepada prospek untuk kembali menyumbang kepada masyarakat. YB Menteri turut menegaskan kepentingan integriti dan penguatkuasaan undang-undang tanpa kompromi, di samping menyeru warga KDN agar sentiasa menjaga hubungan baik dalam organisasi serta memastikan maklumat penting disampaikan kepada pihak kepimpinan dengan segera. Antara pengisian majlis ialah pemakaian Pingat Johan Bakti, penyerahan Sijil Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), Sijil Penyertaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), Sinar Kasih MADANI PROSPEK, sijil penghargaan kepada majikan serta penyerahan buku PHD dari Jabatan Penjara. #KDNMADANI #YakinMADANI #KeselamatanTanggungjawabBersama
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
🇲🇾 Berita Terkini Malaysia@ereadingmalayНовости и СМИ5,28 тыс.
Kuantan@kuantanНовости и СМИ3,07 тыс.
BuzzKini@buzzkiniНовости и СМИ2,08 тыс.
Harian Metro@hmetroНовости и СМИ7,94 тыс.
Oh! Media@ohmediaНовости и СМИ8,86 тыс.
SabahPost@sabahpostНовости и СМИ15,1 тыс.
南洋商报 Nanyang Siang Pau@enanyangНовости и СМИ16,9 тыс.
MET Malaysia@metmalaysiaНовости и СМИ17,9 тыс.