Banjir kilat di kawasan bandar sering diburukkan oleh saluran air yang tersumbat. Sampah sarap, daun kering, lumpur dan sisa pembinaan boleh menghalang aliran air, khususnya pada saluran masuk longkang, pembetung dan sistem perparitan di tepi jalan. Walaupun hujan tidak terlalu ekstrem, sistem saliran yang tersumbat boleh menyebabkan air melimpah dengan cepat. Oleh itu, pemeriksaan dan pembersihan longkang perlu dilaksanakan secara berjadual, terutama sebelum musim monsun dan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas banjir kilat. Penyelenggaraan saliran yang konsisten merupakan antara langkah mitigasi banjir paling mudah, cepat dan menjimatkan kos. RUMUSAN Banjir tidak boleh dihapuskan sepenuhnya, tetapi risiko, kekerapan dan impaknya boleh dikurangkan melalui perancangan yang berkesan, pelaburan berterusan serta penyelenggaraan infrastruktur yang sistematik. Malaysia memerlukan perubahan pendekatan daripada pengurusan bencana secara reaktif kepada mitigasi banjir secara proaktif, berasaskan data, sains kejuruteraan, kerjasama antara agensi dan penglibatan masyarakat. Persoalan utama bukan sekadar berapa banyak hujan yang turun, tetapi sejauh mana sistem saliran, infrastruktur dan tadbir urus kita bersedia menguruskannya. RUJUKAN Zaini Ujang, Zulkifli Yusop dan Wan Hanna Melini Mokhtar (Penyunting). (2025). “Banjir: Fakta dan Mitigasi”. Bangi: Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia. 🍀🍀🍀
Открыть в Telegram
JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI
Jom join channel telegram yg menyajikan info-info berguna kpd pencinta alam khususnya bidang Geografi. Mohon share group ini untuk manfaat bersama. Ditubuhkan pada 22 MEI 2016.
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 3 нояб. 2026 г. | 650 |
| 5 нояб. 2026 г. | 521 |
| 6 нояб. 2026 г. | 703 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры830Пересылки—Реакции3Комментарии—
- 02Просмотры769Пересылки—Реакции1Комментарии—
- 03Просмотры650Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 04Просмотры546Пересылки—Реакции—Комментарии—
Новые посты
Ramai yang bertanya: KENAPA BANJIR KERAP BERLAKU? Oleh Zaini Ujang 🍀🍀🍀 Banjir semakin kerap melanda pelbagai kawasan di Malaysia. Ini bukan semata-mata berpunca daripada hujan lebat atau perubahan iklim. Keadaan ini banyak dipengaruhi oleh kelemahan perancangan, keterbatasan peruntukan, penyelarasan antara agensi serta penyelenggaraan sistem saliran dan sungai. Pada hemat saya, ada lima faktor utama yang perlu diberikan perhatian. 1. Peruntukan Projek Mitigasi Banjir Kurang Diberi Keutamaan Seringkali berlaku, apatah lagi jika berlaku perubahan kerajaan, maka dalam penyediaan belanjawan tahunan, projek mitigasi banjir tidak menjadi keutamaan berbanding pembinaan dan pembaikan kemudahan asas yang lain. Antara alasan yang lazim dikemukakan ialah projek mega, dan banjir dianggap sebagai kejadian bermusim, jarang berlaku dan hanya menjejaskan sebahagian kecil penduduk. Namun, pendekatan sedemikian kurang mengambil kira peningkatan risiko banjir akibat perubahan guna tanah, pembangunan pesat, perubahan iklim dan kejadian hujan ekstrem. Mitigasi banjir perlu dilihat sebagai pelaburan pencegahan jangka panjang, bukan sekadar perbelanjaan apabila bencana berlaku. 2. Pertindihan Tanggungjawab dan Penyelarasan Antara Agensi Pusat, Negeri dan Daerah Pengurusan sistem saliran dan mitigasi banjir melibatkan pelbagai agensi yang mempunyai bidang kuasa, sumber kewangan dan keutamaan berbeza. Antaranya: (a) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia: Pengurusan sungai, saliran utama dan projek tebatan banjir di bawah bidang kuasanya. (b) JPS Negeri: Pengurusan sungai dan sistem saliran tertentu pada peringkat negeri. (c) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Sistem perparitan dan saliran di kawasan perbandaran, perumahan serta kawasan pembangunan tempatan. (d) Jabatan Kerja Raya (JKR): Sistem saliran jalan raya di bawah tanggungjawab JKR. (e) Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi: Sistem saliran lebuh raya yang berkaitan. (f) Pejabat Daerah dan pihak berkuasa berkaitan: Penyelarasan saliran luar bandar, termasuk projek infrastruktur jalan yang menggunakan peruntukan MARRIS. Tanpa penyelarasan yang berkesan, sesuatu projek saliran mungkin hanya menyelesaikan masalah di satu kawasan tetapi memindahkan risiko banjir ke kawasan lain. Penyelesaian banjir memerlukan pendekatan bersepadu berdasarkan keseluruhan lembangan sungai, bukan sempadan pentadbiran semata-mata. 3. Kekurangan Pintu Air, Pam dan Infrastruktur Kawalan Pasang Surut Kawasan berhampiran pantai dan muara sungai sangat terdedah kepada banjir apabila hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar. Ketika aras laut meningkat, aliran air sungai ke laut menjadi perlahan atau tersekat. Dalam keadaan tertentu, aliran balik (backflow) boleh berlaku dan menyebabkan air bertakung di kawasan rendah. Oleh itu, kawasan berisiko memerlukan gabungan infrastruktur seperti pintu air, rumah pam, kolam takungan dan, jika sesuai, baraj di muara sungai. Apabila pelepasan air secara graviti tidak dapat dilakukan, sistem pam diperlukan untuk mengalirkan air keluar. Sistem kawalan banjir pesisir pantai mesti mengambil kira interaksi antara hujan lebat, aliran sungai, air pasang dan kenaikan aras laut. 4. Kapasiti Sungai dan Sistem Saliran Tidak Mencukupi Sebahagian sistem saliran dibina berdasarkan keadaan pembangunan dan intensiti hujan pada masa lalu. Apabila kawasan tadahan semakin banyak dilitupi permukaan tidak telap air seperti jalan raya, bangunan dan kawasan berturap, jumlah serta kelajuan air larian permukaan meningkat. Keadaan menjadi lebih buruk apabila sungai dan longkang dipenuhi sedimen, tumbuhan liar serta halangan fizikal. Langkah penambahbaikan termasuk kerja penyelenggaraan berkala, pembuangan sedimen secara bersasar, menaik taraf kapasiti saliran, serta meninggikan dan memperkukuh benteng sungai di lokasi yang sesuai. Keutamaan perlu diberikan kepada pemulihan kapasiti saliran dan pengurusan lembangan sungai secara menyeluruh. 5. Saliran Tersumbat Akibat Sampah, Daun dan Lumpur
Открыть в TelegramJOM SERTAI PASUKAN KAMI SEBAGAI ENUMERATOR! Pihak kami sedang membuka peluang kepada individu yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Survei Kajian Biodiversiti sebagai Enumerator. Kami mencari calon yang komited, bertanggungjawab dan bersedia untuk menjalankan kerja lapangan bagi membantu proses pengumpulan data biodiversiti. 🔸Lokasi: Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 🔸Tempoh pengumpulan data: 21 November 2026 hingga Februari 2027 (Sabtu & Ahad) 🔸Bayaran: Berdasarkan bilangan borang soal selidik yang berjaya dilengkapkan dan direkodkan. 🔸 Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan. ‼️TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 NOVEMBER 2026. Permohonan awal amat digalakkan bagi membolehkan urusan pengesahan senarai enumerator dan penyediaan surat-menyurat dilaksanakan sebelum aktiviti pengumpulan data bermula. Berminat? Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Ayuh bersama-sama menyumbang kepada usaha pendokumentasian biodiversiti negara!
Открыть в TelegramПереслано из digital.my
📢 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀: 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍, 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan sedang melaksanakan Kajian Rintis bagi Tinjauan Terhadap Keperluan, Cabaran dan Aspirasi Belia Malaysia Sehubungan itu, belia 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐦𝐮𝐫 𝟏𝟓 - 𝟑𝟎 tahun dijemput untuk menyertai tinjauan ini melalui pautan berikut: 🔗 𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤: 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐢𝐦𝐛𝐚𝐬 𝐤𝐨𝐝 𝐐𝐑 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡. https://igreat.iyres.gov.my/external/q/cnyvs2hfty Segala maklumat dan maklum balas yang diberikan adalah 𝐒𝐔𝐋𝐈𝐓 dan hanya digunakan bagi tujuan kajian sahaja. Kerjasama dan kesudian anda meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai. Terima kasih atas kerjasama anda! Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan
Открыть в TelegramПереслано из Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
TEMPAHAN MODUL GEOGRAFI TING 12345 TAHUN 2027 ✅ Buku yang berwarna semua ms ✅ Terdapat nota padat disetiap bab memudahkan murid membuat ulangkaji pantas. ✅ Terdapat QR code yang mempunyai nota lengkap, video dan info berkaitan geografi yang dapat memudahkan PdPc guru sepanjang tahun ✅ Penguasaan TP yang relevan untuk setiap tajuk ✅ Harga yang berpatutan ✅ Skema yang lengkap (softcopy) ✅ Boleh guna PCG/Koperasi/Cash ✅ Untuk tempahan & sampel buku sila hubungi :- 🔺 @mamatmacho8 atau 011-11666383
Открыть в TelegramПереслано из Zil Juhari
Mohon kerjasama guru-guru hebahkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 terutamanya untuk menyebarkan soal selidik ini... Terima Kasih ...
Открыть в TelegramПереслано из Zil Juhari
📢 HEBAHAN SOAL SELIDIK KAJIAN FRGS KPT – SELURUH MALAYSIA Kajian: Kerangka Pengukuhan Pembelajaran STEM Berteraskan Geografi Sekolah Menengah di Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kumpulan penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang menjalankan kajian di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 🎓 Responden yang diperlukan: Murid *Tingkatan* 5 *yang mengambil mata pelajaran Geografi di sekolah menengah seluruh Malaysia. 📝 Pautan soal selidik: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSddUOgqbbH9HPpFJNnpR1csB_5bWSTt77-Swa1GY1PIfp2xDQ/viewform?usp=header 📅 Tempoh penyertaan: 27 Ogos 2026 hingga 30 Disember 2026 Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Kerjasama pihak sekolah, pentadbir, guru Geografi dan pihak berkaitan untuk memanjangkan hebahan ini kepada murid yang memenuhi kriteria amat dihargai. Ketua Penyelidik Dr. Mohammad Azri bin Amatan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Terima kasih atas kerjasama dan penyertaan anda.
Открыть в TelegramПереслано из CHANNEL PENDIDIK4U
Falsafah Hidup Untuk Memberi. Ya, mungkin ramai yang gagal dalam hidup ini kerana pentingkan bagaimana untuk "mendapatkan" berbanding bagaimana untuk "memberi". Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi (istiqomah). Memberilah secara istiqomah walaupun dalam kuantiti yang sedikit tetapi ianya berterusan. Memberilah dengan cara sorok-sorok supaya tidak ramai yang tahu. Jika terpaksa usahlah hebohkan kuantiti memberi dan niatkan supaya orang lain terdetik untuk memberi juga. Usah mengungkit-ungkit pemberian kita walaupun org yg kita beri sudah lupa kpd kita. Ikhlaskn diri kerana Allah swt dan tidak inginkan pembalasan mereka yang kita beri. Hanya harapkan doa daripada mereka dan pembalasan daripadaNya. Wallahua'lam. Cikgu Abeja Mohammed 10 September 2016 Join & Share : @pendidik4u
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
CHANNEL PENDIDIK4U@channelpendidik4uОбразование4,83 тыс.
IMELC Johor@imelcjohorОбразование3,29 тыс.
Unit Pengurusan Asrama KVDLM@unitpengurusanasramakvdlmОбразование2,09 тыс.
SarahCikguSejarah@sarahcikgusejarahОбразование2,03 тыс.
Cikgu Siber@cikgusiberОбразование1,95 тыс.
Hebahan MPP UniSZA@mppuniszaОбразование5,13 тыс.
SPM IS CALLING 🤙@spmiscallingbroОбразование8,13 тыс.
Bahan PT3 & SPM 2024/2025™ ♥️@bahanspmpt3Образование8,68 тыс.
Кого упоминает
CHANNEL PENDIDIK4U@channelpendidik4u2 репоста