Wany Hasrita Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Soundcheck, Kereta Dihentam Dari Lorong Laju Asyraf Roslan Asyraf Roslan 17/10/2026 | 10:30 MYT Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi detik mencemaskan apabila terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika dalam perjalanan menuju ke sesi pemeriksaan bunyi (soundcheck) bagi sebuah acara. Bagaimanapun, Wany bersyukur kerana dirinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian tersebut. “Saya okey, alhamdulillah, tiada kecederaan apa-apa. “Kereta itu dari lorong laju. Kalau tak silap saya, mungkin jalan licin, jadi dia hentam bonet depan. Lepas itu, elok sahaja dia masuk lorong sana, sebelah kiri,” katanya. Dalam pada itu, Wany memaklumkan keretanya masih boleh dipandu selepas kejadian tersebut. Advertisement Justeru, dia meneruskan perjalanan ke balai polis bagi menguruskan perkara berkenaan. “Saya okey, kereta masih boleh berjalan dan terus ke balai,” ujarnya. Astro Astro Gempak #infosemasa @infosemasaofficial
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 602 |
| 1 ч | 2 405 |
| 4 ч | 4 207 |
| 51 ч | 9 712 |
- Через 1 час2 405
- Через 6 часов4 207
- Всего сейчас9 712
