Посты канала IMELC Johor
Переслано из Nurul Faezah 🆒
📢 MAKLUMAN DAN HEBAHAN 📢 As'salamualaikum w.b,t dan Salam Sejahtera, 📌 SURAT EDARAN BERHUBUNG PELAKSANAAN SURAT PEKELILING AM BILANGAN 6 TAHUN 2024- STRATEGI PELAKSANAAN MENGHINDARI PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA ✏️ Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024 telah menggariskan strategi untuk menghindari penggunaan plastik sekali guna di Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Pelaksanaan strategi ini ditekankan kembali oleh YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) pada 20 Oktober 2026. ✏️ Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat edaran berhubung pelaksanaan Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024 - Strategi Pelaksanaan Menghindari Penggunaan Plastik Sekali Guna di Kementerian Pendidikan (KPM). Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk memanjangkan surat edaran ini kepada semua peringkat lapangan KPM termasuk Bahagian/Unit di Ibu Pejabat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua Institusi Pendidikan hingga ke peringkat sekolah untuk sama-sama melaksanakan strategi ini ke arah mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di pelbagai peringkat. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. ✏️Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat yang menjelaskan maksud. :. Untuk makluman semua. Terima kasih.
Открыть в Telegram🌿 PENCALONAN IKON LESTARI JOHOR 2026 🌿 Kenali guru atau pemimpin sekolah yang aktif menggerakkan pendidikan kelestarian? Jom calonkan mereka! Jabatan Pendidikan Negeri Johor membuka pencalonan Ikon Lestari Johor bagi mengenal pasti pendidik yang menunjukkan komitmen, kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam pendidikan kelestarian serta menjadi ejen perubahan dan sumber rujukan. 👥 Siapa boleh mencalonkan? Semua pihak - rakan sejawat, pihak sekolah, murid, ibu bapa, komuniti dan rakan strategik. Pencalonan kendiri turut dialu-alukan! 👩🏫 Siapa boleh dicalonkan? Guru, Pengetua dan Guru Besar yang berkhidmat di sekolah dalam negeri Johor. 📊 Laluan pembangunan Ikon Lestari: 1️⃣ Pendedahan — menghadiri pameran atau karnival kelestarian yang ditentukan dan diarahkan JPNJ setiap tahun. 2️⃣ Latihan — menyertai kursus kelestarian yang ditentukan dan diarahkan JPNJ dari semasa ke semasa. 3️⃣ Penyertaan — menyertai pertandingan atau anugerah pendidikan kelestarian sekurang-kurangnya sekali setahun. 4️⃣ Pencapaian — memenangi pertandingan atau anugerah pendidikan kelestarian sekurang-kurangnya sekali setahun. 5️⃣ Perkongsian — memberikan perkongsian, latihan atau ceramah pendidikan kelestarian sekurang-kurangnya di peringkat daerah sekali setahun. 🏅 Pengiktirafan Ikon Lestari bermula sekurang-kurangnya pada Tahap 4, tertakluk kepada pengesahan eviden dan penilaian JPN Johor. 📎 Sediakan dan muat naik eviden mengikut tahap, seperti sijil, laporan, surat pengesahan atau bahan perkongsian. Log masuk akaun Google diperlukan untuk muat naik fail. ✨ Ikon Lestari terpilih akan diberikan penarafan pada: MAJLIS PELANCARAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KELESTARIAN JOHOR 2026–2035 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KELESTARIAN JOHOR 2026 📅 Khamis, 3 Disember 2026 📍 Ballroom 1, KSL Hotel & Resort ⏰ TARIKH TUTUP PENCALONAN: Khamis, 26 November 2026 sebelum 4.30 petang 📝 Borang pencalonan: [Buka Google Form Pencalonan Ikon Lestari Johor](https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdV-B25W3PVPoszIxbPjOHLfFcYjI1imzQYX2531SjHOWX-uQ/viewform) Pencalonan tertakluk kepada persetujuan calon, pengesahan eviden dan penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 🌱 Serlahkan sumbangan pendidik yang membawa perubahan. Calonkan diri sendiri atau insan yang anda kenali! Jawatankuasa Pendidikan Kelestarian Negeri Johor Sektor Pembelajaran JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR "Being green and clean is not just an aspiration but an action" 📲 Mohon bantu sebarkan kepada warga sekolah dan rangkaian komuniti.
Открыть в Telegram🌿🏆 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH IMELC 2026! 🏆🌿 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2026! 🎉👏 Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan tekun dalam memperjuangkan agenda kelestarian. Jangan serik untuk terus mencuba, berusaha dan mencipta lebih banyak kejayaan! 💚 Kejayaan yang diraikan pada hari ini merupakan manifestasi segala usaha, komitmen dan pengorbanan guru-guru yang telah dicurahkan selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya. Setiap usaha dan sumbangan cikgu amat bermakna dan wajar diberikan penghargaan. Namun, kejayaan yang paling utama bukanlah di atas pentas menerima anugerah, tetapi apabila kita dapat melihat impak sebenar daripada usaha yang dilaksanakan terhadap murid, guru, sekolah, komuniti dan alam sekitar. Inilah kejayaan yang lebih besar, apabila pelbagai inisiatif yang dilaksanakan berjaya membentuk kesedaran, mengubah amalan dan memperkukuh budaya kelestarian dalam pelbagai dimensi pendidikan. 🌏🌱 Terima kasih kepada semua guru dan sekolah yang terus komited menjayakan IMELC. Sama ada menerima anugerah pada tahun ini ataupun tidak, setiap usaha cikgu tetap membawa makna dan perubahan. ✨ Teruskan usaha, teruskan memberi inspirasi dan teruskan mencipta impak! 📸 Koleksi Gambar Majlis Penyampaian Anugerah IMELC 2026 https://mpjbt-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/farith_mbip_gov_my/IgArXcwDD_nUQKBVdqwiOF9zATmHjlH5cO35XrpGwP26u0U?e=Mh2RTL 💚 IMELC – Bukan Sekadar Pertandingan, Tetapi Membina Generasi yang Membawa Perubahan!
Открыть в Telegram🌏 IMELC IS ONCE AGAIN RECOGNISED ON THE INTERNATIONAL STAGE! 🌱 We are truly grateful for your continuous support and encouragement! The Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) has once again been nominated for international recognition at TeachersCOP 2026, alongside global initiatives championing climate education and action. Being nominated is already an achievement we are proud of. But with your support, let's take it one step further and bring home the win! 🏆 We invite everyone to show your support by: ✅ REGISTERING to attend our presentation. ✅ VOTING for IMELC as your favourite project! 📅 14 November 2026 🕘 9.00 PM (Malaysia Time) 📍 Online via Zoom 🔗 Register and vote here: https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_Z2xACMIoQKOFmLt1Kv9elg Every registration and vote counts! Let's put IMELC and Iskandar Malaysia on the global stage and make this recognition even more meaningful. Together, let's take IMELC all the way! 💚 #IMELC #TeachersCOP2026 #ClimateEducation #ClimateAction
Открыть в TelegramPENGIKTIRAFAN MARKAH KOKURIKULUM PELIBATAN MURID BAGI PERTANDINGAN IMELC 2026 VIDEO TIKTOK JUNIOR ECO WARRIORS: SPEAK UP, ACT NOW!
Открыть в TelegramRibuan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan sekolah yang berjaya terpilih sebagai Top 16 Finalis Sekolah IMELC 2026 bagi negeri Johor ✨ Dengan usaha seluruh warga sekolah serta sokongan padu daripada guru dan ibu bapa, finalis Top 16 telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam setiap langkah perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berusaha mengamalkan amalan rendah karbon. Teruskan usaha dan semoga kejayaan menyusul! 📣 Semoga setiap tahun penyertaan sekolah semakin meningkat hingga ke peringkat akhir. Syabas dan Tahniah!! 🎊 #WeLoveCities2026 #WeLoveIskandarMalaysia #IskandarMalaysia #WWF
Открыть в TelegramTahniah Top 35 Sekolah IMELC 2026 🎊 Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan sekolah yang berjaya terpilih sebagai Top 35 Sekolah IMELC 2026 ✨ 📌 Untuk makluman, senarai yang dipaparkan ini adalah bagi kedudukan No. 17 hingga No. 35 terlebih dahulu 👀 Nantikan pengumuman pada esok hari bagi senarai Top 16 Finalis! Terus ikuti perkembangan terkini di laman kami. 📣 Semoga setiap tahun penyertaan sekolah semakin meningkat hingga ke peringkat akhir ✨ Syabas dan Tahniah!! 🎊🎊
Открыть в TelegramTahniah kepada semua sekolah IMELC yang menyertai pertandingan STEM AI- Video dan Komik!! Semoga terus cemerlang ❤️
Открыть в Telegram