Динамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 10 ч | 647 |
| 26 ч | 1 140 |
- Через 24 часа1 140
- Всего сейчас1 140
Часов после публикации
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 10 ч | 647 |
| 26 ч | 1 140 |
Часов после публикации
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 10 ч | 641 |
| 26 ч | 1 120 |
Часов после публикации
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 17 ч | 1 010 |
| 24 ч | 1 160 |
CHANNEL SANTAI-SANTAI DI HAHAHAHA.....😃👤😆😂🚲⬇️⬇️ https://t.me/funny_koleksi https://t.me/+j8r_q_Ex6CxlZjVl https://t.me/+j8r_q_Ex6CxlZjVl
Открыть в Telegram🇨🇱 CHILE : Pemancing Terlihat Makhluk Misteri Di Bawah Air Sekumpulan pemancing di Chile terlihat sesuatu yang pelik bergerak di bawah permukaan air. Ada yang percaya makhluk itu mungkin El Cuero, makhluk legenda dalam cerita rakyat Chile yang dikatakan hidup di dalam air. Namun, identiti sebenar makhluk tersebut masih belum diketahui. Penampakan itu mencetuskan tanda tanya sama ada ia benar-benar makhluk misteri atau sekadar haiwan biasa. Cerita mengenai El Cuero kembali menjadi perhatian selepas penampakan itu tular di media sosial.
Открыть в TelegramDUNIA PARANORMAL 👻 | RAKAMAN KAMERA DIDAKWA MENANGKAP KELIBAT MISTERI Beberapa rakaman video paranormal yang mencetuskan tanda tanya mula menarik perhatian pengguna media sosial. Antara kejadian yang dipaparkan termasuk kelibat misteri di sebuah klinik, penampakan aneh di kawasan parkir, seorang kanak-kanak perempuan yang mendakwa mempunyai rakan tidak kelihatan yang menggigitnya, serta objek misteri yang didakwa muncul di tempat duduk hadapan sebuah kereta. Turut dipaparkan rakaman seseorang yang kelihatan bangun dan berjalan keluar dari sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. Kesemua rakaman itu dikongsikan dengan tanda pagar paranormal dan kamera tersembunyi.
Открыть в TelegramMisteri 20 rumah diganggu ketukan pintu pada awal pagi Amir Hamzah Nordin November 2, 2026 @ 8:39pm JERANTUT: Ketukan kuat di pintu rumah secara tiba-tiba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah ini. Kejadian misteri itu didakwa berlaku berulang kali sejak awal pagi Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, sekurang-kurangnya 20 rumah di sekitar Kampung Sajang (Simpang Tebing Tinggi) dan Perias mendakwa menjadi sasaran ketukan pintu oleh individu tidak dikenali. Seorang penduduk terjejas, Safarudin Yusof, 59, dari Kampung Sajang berkata, kejadian itu berlaku secara mengejut sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat. Menurutnya, perkongsian di media sosial serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik penduduk turut menimbulkan tanda tanya apabila tiada kelibat individu dikesan berada di luar rumah ketika pemeriksaan dilakukan. "Bagaimanapun, setakat ini tiada kejadian tidak diingini, kecederaan atau kehilangan harta benda dilaporkan berlaku di kawasan terjejas," katanya. Penduduk Taman Temin Utama, Rosmaidi Sulaiman berkata, kejadian ketukan pintu misteri bukan perkara baharu apabila insiden seumpamanya pernah dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Pahang dan negeri berhampiran. Katanya, kejadian sedemikian sering mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk kemungkinan perbuatan khianat atau usikan individu tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Noor Azman Yusof menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan diri dan kediaman. Beliau meminta penduduk tidak membuka pintu sewenang-wenangnya tanpa mengenal pasti individu di luar rumah, selain memastikan pintu dan tingkap berkunci serta memasang lampu keselamatan. "Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak keluar bersendirian untuk memeriksa keadaan mencurigakan dan tidak menyebarkan maklumat belum disahkan di media sosial. "Jika berlaku gangguan atau terlihat individu mencurigakan, orang ramai diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut menerusi talian 09-2662222 atau Bilik Gerakan di talian 09-2661999," katanya. Artikel Berita Harian #infosemasa
Открыть в Telegram