12 Hari Lagi sebelum berlangsungnya Daurah Sifat Solat Nabi di Perlis Solat yang sempurna bermula dengan ilmu dan kesungguhan untuk meneladani petunjuk Nabi ﷺ. Jom luangkan masa untuk mendalami ilmu yang sangat dekat dengan kehidupan kita. Insya-Allah, bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Tempat adalah terhad kepada 300 peserta sahaja. Maklumat lanjut dan cara pendaftaran boleh dilihat pada poster. Pendaftaran: https://yup.la/ar4 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://daurahsifatsolatnabidrrozaimi.wasap.my
Открыть в TelegramПосты канала Dr Rozaimi Ramle's Channel
🕋 40 HARI LAGI… JOM UMRAH BERSAMA DR ROZAIMI Ada perjalanan yang kita nantikan kerana tempatnya. Ada yang lebih bermakna kerana insan yang bersama kita. Disember ini, sertai pengalaman umrah musim sejuk bersama tetamu jemputan Prof. Dr. Rozaime Ramle. Peluang mendekati Tanah Suci, mengisi hati dengan ilmu dan membawa pulang kenangan yang bermakna. 🤲 Bayangkan dapat berkongsi perjalanan ini dengan pasangan atau ibu ayah tersayang. Bersama-sama berdoa di hadapan Kaabah, melapangkan hati daripada kesibukan harian dan memberi ruang untuk lebih dekat kepada Allah. ✈️ 10–20 Disember 2026 🌙 Sesi khas di Madinah bersama Dr. Ariful Bahri 🏨 Hotel 5 bintang di Mekah & Madinah 💰 Pakej bermula RM12,999 seorang untuk sebilik berempat Berbaki 40 hari sebelum penerbangan. Masih ada masa untuk merancang perjalanan yang selama ini tersimpan dalam doa. Berminat nak ikut bersama? Komen “UMRAH” atau mesej Hadi Akmal untuk maklumat pakej dan semakan kekosongan. Klik untuk pendaftaran https://umrahdrrora2026.wasap.my
Открыть в TelegramKreatif juga siapa yang buat kartun ini. Yang penting saya nampak cerah ;) Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/1G8cqfYhtv/
Открыть в Telegramإِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Kehilangan seorang sahabat seperjuangan meninggalkan duka yang dalam seorang balu tanpa pekerjaan dan anak yang sedang diuji dengan kesakitan. Ihsan Keluarga Shahir Moga sedikit ihsan kita menjadi penguat buat mereka meneruskan kehidupan. Semoga seluruh keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan. Ref: Shahir - Admin
Открыть в TelegramLima waktu sehari kita mendirikan solat, marilah terus memperbaiki cara kita menunaikannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, 20:14). Luangkan masa untuk mendalami ilmu solat agar ibadah harian dilaksanakan dengan lebih faham dan penuh penghayatan. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Riwayat al-Bukhari, no. 631). Pesanan ini mengajak kita mempelajari tatacara solat Baginda ﷺ dan menjadikan sunnah sebagai panduan dalam beribadah. Ayuh sertai Daurah Sifat Solat Nabi ﷺ bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ). Jadikan pertemuan ilmu ini peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ serta menyemak dan memperbaiki amalan solat kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Daurah akan berlangsung pada Sabtu, 21 November 2026, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Auditorium KUIPS Holding Sdn. Bhd. Penyertaan terbuka kepada orang awam dan pelajar, dengan yuran RM150 seorang. Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Jom luangkan sehari untuk ilmu yang kita amalkan setiap hari. Ajak ahli keluarga dan sahabat untuk hadir bersama dengan niat menuntut ilmu serta memperbaiki ibadah. Semoga usaha ini membantu kita mendirikan solat dengan lebih baik, mencontohi Rasulullah ﷺ dan mengharapkan keredaan Allah SWT. -Admin DSSN2026 DAURAH SIFAT SOLAT NABI Bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle Pendaftaran: https://yup.la/ar4 Jangan lepaskan peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ secara lebih tersusun dan berpandukan ilmu yang sahih. Daftarkan penyertaan anda sekarang dan sertai daurah ini bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://daurahsifatsolatnabidrrozaimi.wasap.my -Admin DSSN2026
Открыть в TelegramBaki hanya 8 tempat sahaja! Pakej Umrah Musim Sejuk bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle kini semakin hampir kepada kapasiti penuh. Kepada yang masih merancang untuk menyertai rombongan ini, bolehlah membuat tempahan secepat mungkin. Untuk makluman, terdapat perubahan tarikh perjalanan daripada 9–20 Disember 2026 kepada tarikh baharu, iaitu 10–21 Disember 2026. Segala persiapan dan jadual perjalanan akan diselaraskan mengikut tarikh baharu ini. Pakej ini menawarkan penerbangan terus bersama Malaysia Airlines, penginapan di Makkah, Madinah dan Taif, serta pelbagai kemudahan lain seperti yang dinyatakan dalam poster. Turut bersama sebagai tetamu jemputan ialah Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Sekiranya berminat, jangan tunggu terlalu lama kerana hanya berbaki 8 tempat sahaja. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh terus klik pautan ini https://umrahdrrora2026.wasap.my https://umrahdrrora2026.wasap.my https://umrahdrrora2026.wasap.my Admin
Открыть в TelegramMalam ini, kelas pertama Kursus Ilmu Hadis Bersanad akan bermula pada jam 9.30 malam secara dalam talian. Jadual kursus adalah seperti yang tertera pada poster. Pendaftaran masih dibuka dan tempat masih tersedia. Anda dijemput menyertai pengajian kitab al-Mūqiẓah karya Imam al-Zahabi. Peserta yang telah mendaftar tetapi belum menyertai kumpulan WhatsApp kelas diminta menghubungi pihak admin dengan segera. Bagi yang berkelapangan dan berminat untuk mengikuti pengajian ini, pendaftaran masih dibuka. Pendaftaran: https://pustakaahlhadith.onpay.my/order/form/kihb2026 Pertanyaan dan maklumat lanjut: https://kursusilmuhadithbersanad2026.wasap.my Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dalam menuntut ilmu dan mengurniakan kefahaman yang bermanfaat. Admin
Открыть в TelegramKumaresan Baby, saya telah mencadangkan agar istilah "Kuil Haram" ditukar kepada KUTI (Kuil Tanpa Izin). Tapi nak tukar istilah bukan mudah Kumaresan Baby. Saya cadangkan bina kuil di atas tanah yang dibeli sacara sah. Barulah ia akan terlepas dari istilah kuil haram. Walaupun tidak dapat sijil halal JAKIM, tetapi ia sah di sisi undang-undang. Simple. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/199RXTzvhC/
Открыть в TelegramAssalamualaikum Semoga Allah mengurniakan ketenangan, keberkatan dan kemudahan dalam setiap urusan kita pada hari ini. Luangkan sedikit masa untuk berbincang bersama pasangan, ibu bapa dan ahli keluarga tentang hasrat menyahut panggilan sebagai tetamu Allah. Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan langkah kita menuju Baitullah. Umrah Musim Sejuk 2026 bersama Prof. Dr. Rozaimi Ramle serta Dr. Ariful Bahri (Pengajar Rasmi Masjid Nabawi), insya-Allah bakal menjadi perjalanan yang bukan sekadar sebuah musafir, bahkan suatu pengalaman ilmu, tarbiah dan ibadah yang sukar dilupakan. Semoga Allah menjemput kita semua menjadi tetamu-Nya. Amin. 🤲 Klik untuk pendaftaran: https://umrahdrrora2026.wasap.my Admin
Открыть в Telegramhttps://www.facebook.com/share/v/1D4Gqwdwi2/ Sedang berlangsung: Wacana Fikrah UniSIRAJ 7.0: RCI Tabung Haji: Polemik atau Retorik Politik
Открыть в TelegramBuku-Buku Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle Sejak tahun 2018 hingga 2026, beberapa buah karya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle telah diterbitkan dengan pelbagai tema antaranya hadis, ibadah, sirah dan kisah para sahabat. Terbaharu bagi tahun 2026, 10 Sahabat 1 Janji Syurga membawa pembaca mengenali kisah iman dan pengorbanan 10 sahabat Rasulullah ﷺ yang dijanjikan syurga. Bagi yang mengikuti penulisan Prof Dr Rozaimi sejak dahulu, boleh juga melengkapkan koleksi buku-buku beliau seperti yang tertera dalam gambar. Untuk pertanyaan berkaitan buku: https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1 Admin
Открыть в Telegram[Saya Jadi Pembaris?] Sesetengah pemikiran masyarakat kita, apabila menyebutkan Amar Ma'ruf Nahy Munkar, perkara awal yang terlintas dalam pemikiran manusia ialah tangkap orang orang berkhalwat. Ya benar, namun itu hanya salah satu daripadanya. Kadang-kadang ada yang tersalah sebut "Amal Ma'ruf". Yang sebetulnya "Amar Ma'ruf" Nak bagi faham secara ringkas: Amar Ma'ruf: Ajak orang buat baik. Nahy Munkar: Cegah orang buat dosa. Amar Ma'ruf ini lebih dekat dengan hati manusia. Seperti mengajak orang melakukan kebaikan dan ajar tentang galakan beramal dengan perkara yang bertepatan dengan sunnah. Ini tanggungjawab kita bersama untuk lakukan dalam masyarakat dan keluarga. Contohnya kita ajar orang tentang bagaimana sunnah ketika makan, sunnah dalam rumahtangga, anjuran untuk melakukan itu dan ini. Orang yang melakukan Amar Ma'ruf ajak kebaikan kebiasaannya akan disayangi orang dan lebih dekat dengan masyarakat. Tapi Al-Quran tidak hanya menyebutkan tentang ajak orang buat baik sahaja. Allah juga menyebutkan tentang golongan yang melakukan Nahy Munkar iaitu mencegah orang melakukan kemungkaran. Dalam Sunan Ibn Majah, bab awal diletakkan ialah: بَابُ اتِّبَاعِ سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "Bab Ittiba (mengikut) Sunnah Rasulullah". Namun Ibn Majah tidak hanya meletakkan bab itu sahaja dalam sunannya. Beliau juga ada meletakkan bab lain, antaranya: بَابُ اجْتِنَابِ الْبِدَعِ وَالْجَدَلِ "Bab menjauhi Bidaah dan Jidal". Bahkan ini antara bab yang awal juga diletakkan oleh beliau. Mengajar kepada kebaikan sahaja tidak cukup. Perlu juga untuk ingatkan tentang bahaya amalan bidaah, syirik, khurafat rekaan dalam agama. Dalam masyarakat kita masih banyak lagi amalan menghantar santau atau sihir. Tidak kurang juga yang masih pakai memakaikan gelang atau benang hitam pada bayi yang suka menangis dengan kepercayaan tertentu. Kepercayaan sebegini masih wujud dan ada dalam masyarakat. Sebab itu penting dan perlu juga Nahy Munkar iaitu mencegah kemungkaran. Mengajak agar meninggalkan kemungkaran kebiasannya tidak disukai orang. Kita boleh berteori di atas kertas bahawa perlu lakukan itu dan ini. Namun kita kena sedar, orang semulia dan sehebat baginda juga mendapat tentangan besar daripada keluarga dan kaum sendiri apabila mula dakwah tauhid dan menentang kesyirikan. Bukan hanya orang luar lawan, termasuk keluarga sendiri. Demikian juga ujian yang berlaku pada Nabi Ibrahim, beliau disuruh berhenti daripada menganggu amalan nenek moyang mereka. Jika tidak, mereka akan mengambil tindakan keras terhadap beliau. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/1YQJ1de1L7/
Открыть в TelegramSebahagian pihak mendakwa hadis yang ada khilaf pada statusnya tidak boleh dihukum sebagai palsu. Mereka menggunakan teks al-Dhahabi dalam al-Muqizah untuk menyokong dakwaan itu. Persoalannya benarkah itu pendirian al-Dhahabi? Artikel saya dan sahabat-sahabat saya dalam jurnal ini menganalisis dakwaan tersebut beserta petunjuk (qarain) daripada al-Dhahabi sendiri dan ilmuwan hadis lain. Jemput baca di pautan ini: https://www.internationalsped.com/index.php/ijse/article/view/5188/1763 Dr Rozaimi Ramle
Открыть в TelegramSedih mendengar pembentangan Menteri Agama dan Menteri Kewangan 2 berkenaan laporan RCI Tabung Haji. Begitu banyak duit umat Islam yang rugi. Saya tidak faham dengan tindakan sebahagian Ahli Parlimen yang meninggalkan dewan. Diharapkan kali ini kita semua ketepikan sentimen politik kepartian untuk sama-sama melihat isu ini sebagai isu umat. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/1NWBHA5jsR/
Открыть в TelegramTuan-tuan, saya mohon sesiapa yang mengenali pemilik FB bernama Ashraf ini untuk PM saya di inbox sebab ada surat yang saya nak kirimkan kepada beliau. Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/share/p/19TJ4CxFo5/
Открыть в Telegramالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝟒𝟎 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐆𝐇𝐀𝐈𝐁 *&* 𝐀𝐉𝐀𝐈𝐁 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝟐𝟎 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐨𝐧𝐲𝐞𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮,𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟗 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/86928929574?pwd=wme2ccda3OYRmZXkBFxbLUYSHbTeSU.1 Meeting ID: 86928929574 Passcode: TF_Rora Mohon war warkan kepada keluarga dan rakan taulan زادنا الله علما وحرصا ‘Zadanallah ilman wa hirsha
Открыть в TelegramBenar, memang terdapat hadis berkaitan pelacur beri minum anjing dengan ikhlas mendapat keampunan dari Allah. Tapi tidak ramai yang sebut bahawasanya dalam hadis juga membenarkan kita melenyapkan "al-kalb al-'aqur" iaitu anjing yang ganas sehingga mencederakan manusia. Mempertahankan nyawa manusia lebih utama berbanding anjing. Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap anjing-anjing liar yang menganggu dan memudaratkan manusia. Bukan hanya bahaya untuk kanak-kanak, termasuklah juga bahaya terhadap penunggang motosikal. Pencinta haiwan perlu mencintai manusia juga. Dr Rozaimi Ramle P.S: ini bukan gambar ketika memburu anjing ganas ;) https://www.facebook.com/share/1ByQscLJ1f/
Открыть в Telegram