Assalamualaikum semua , lama rasanya tak menulis disini .. semua sihat ? semua masih mengingati channel saya ni ? lama betul menyepi kan rezeki saya Allah izinkan saya menulis kembali . tapi kembalinya saya kali ini lebih tajam lebih dalam mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak tahu mungkin Allah beri pentunjuk mungkin Allah belum izin untuk diperlihatkan mana yang jauh , saya doakan Allah beri petunjuk mana yang masih disini , sy doakan moga Allah terima amalan dan taubat kita .
Открыть в TelegramПосты канала Dakwah Psychology
Ustaz Abdul Somad beritahu tentang jika kita tak dapat apa yang kita nak semasa hidup, kita tak perlu kecewa. Dan kita jika dapat, kita tak boleh sombong-sombong. Kecewa dan sombong ini dua-dua sifat kita. Tak dapat, marah. Dapat, bangga dan riak. Kena asah diri, kalau tak dapat, usaha lagi. Kalau dah dapat, kita kongsi. Itu tanda kita ini hamba yang bersyukur. Allah kata, lagi kita bersyukur, lagi Allah beri. Alhamdulillah. @dakwahpsychology
Открыть в TelegramBersyukurlah atas apa sahaja kurniaan Allah kepada mu. Ibu-bapa, pasangan hidup, anak-anak, profesion dan lain-lain. Itulah syarat untuk ketenangan. Jangan mengharap yang lain. Katakan pada hati, "inilah yang layak untuk ku. Allah Maha Tahu." Terimalah dengan hati terbuka dan jangan membandingkan dengan orang lain. Itu mengundang derita. _______ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramSemakin jauh hubungan suami isteri dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi jauh. Semakin dekat hubungan suami isteri itu dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi semakin dekat. Peliharalah hubungan kamu dengan Allah, tidak kira kamu sudah bernikah atau masih bujang. (Dipetik daripada facebook Pencinta Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid) _______ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramGolongan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang beriman dengan penuh yakin. Apabila memperoleh nikmat, dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapetaka ataupun kesusahan, dia tetap bersabar. Iman, ibadah, & akhlaknya tidak mudah terpengaruh. Sama ada waktu senang ataupun susah. __________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramJanganlah engkau bersedih terhadap apa yang telah terlepas daripada gengganmanmu. Bisa jadi, jika engkau terus memilikinya, kesedihanmu itu akan menjadi lebih parah. Maka, yakinlah bahawa segala apa yang terbaik untukmu itu ialah apa yang dikehendaki oleh Allah. ____________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramMarilah sama-sama kita hijrah kepada lebih baik. Hijrah Hati - Ikhlaskan diri, jauhkan dari prasangka dan hasad dengki. Hijrah Jiwa - Berjiwa besar sanggup berkorban tenaga, masa dan harta benda. Hijrah Amal - Menjaga yang wajib, pertingkatkan yamg sunat, istiqamah dalam beramal. Hijrah Minda - Berfikiran positif dengan apa jua dugaan dan cabaran yang melanda. Jalan untuk hijrah kepada kebaikan tak pernah tertutup, hinggalah hati itu sudah benar-benar hitam dan dibutakan daripada kebenaran. __________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramJahat atau baik kita, solat jangan DITINGGALKAN. Solat bukan kerana kita baik. Tapi kerana ia adalah salah satu perintah ALLAH. Solat kita adalah lambang kehidupan kita. Solatlah, kerana ALLAH menjanjikan rezeki, rahmat, kebahagiaan dan keberkatan hidup. Muhasabah Diri ___________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramHidup kita sebenarnya tak lama... Sebab tu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya. Hargai keluarga seolah kita akan berpisah.. Hargai usia seolah ini hari terakhir.. Hargai ramadan yg bakal tiba seolah ini peluang terakhir.. Ingatlah tentang sementaranya kita, kita akan lakukan hanya benda penting bagi kita. _______ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramAda yang diuji ketika mendaki. Ada yang diuji ketika di puncak. Di puncak udaranya nyaman, tapi melekakan. Di bawah penuh lelah, perlu ketabahan. Inilah dunia dekat dan seketika. Di sini bukan syurga jauh tetapi selamanya. -Pahrol Mohamad Juoi- ____________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramПереслано из harleyplussize.my
👆👆👆 PRESTASI LAJU, BOLEH TOUCHSCREEN, BOLEH CONVERT JADI TABLET. Microsoft surface pro 3 - 4GB ram untuk multitasking - 120GB SSD. Laju 5x ganda daripada HDD - Intel Atom X7 latest generation - Intel HD Graphics - 11.6 inch Screen - Windows 10 Untuk student, cikgu, orang bisnes, traveller atau yang nak buat kerja pejabat dan minat jenis yang kecil, ringan dan bergaya boleh beli ni. HARGA PROMOSI (batch2) : RM1270 SAHAJA!!!
Открыть в TelegramUcapkanlah 'Jazakallahu khairan' ketika mana kamu dibantu orang. Daripada Usamah bin Zaid radhiyallahu 'anhuma, Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang telah mendapat kebaikan dari seseorang, lalu dia berkata kepada orang ter, "Jazakallahu Khairan" bererti dia telah sampai kepada darjat memujinya (yakni telah berterima kasih kepadanya dengan memujinya)." ; HR At Tirmidzi, An Nasa'i dan Ibnu Hibban _______ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramApabila hidayah mula menerangi hati yang gelap, janganlah dilepaskan lagi. kerana jika dilepaskan akan gelaplah hati sekali lagi. Dan gelap yang kedua ini, akan lebih gelap daripada yang pertama! _____________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-
Открыть в TelegramTidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang dikehendaki, Mungkin apa yang menjadi milik kita, tak secantik atau seindah milik orang lain, Namun sekiranya kita bersyukur & tahu menghargai, percayalah itu adalah anugerah yang terindah buat kita. _____________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в TelegramMuhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ianya adalah penawar yang mengubati 1001 penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri dari noda & dosa. In shaa Allah. ___________ Telegram | InstaGram | Twitter 💌 https://t.me/DakwahPsychology 💌 @DakwahPsychology 💌 @DakwahPsikologi
Открыть в Telegram