SUMMER HOUSE SAYA 1. Kebanyakan multi-jutawan bukan saja mempunyai banyak rumah tetapi ramai diantara mereka yang mempunyai summer house (rumah percutian) dilokasi-lokasi yang menarik. Contohnya seorang rakan saya mempunyai sebuah summer house di Lyon di France. 2. Selepas habis dia bercerita, baru saya terperasan yang saya juga mempunyai summer house. (Seperti ramai orang lain, saya juga tak mahu kalah!) 3. “Rumah awak di mana?” rakan saya bertanya. “Miami? Capetown? Honolulu?” 4. Saya tersenyum, “Summer house saya di Kangar!” (Rumah itu sebenarnya ialah rumah pusaka aruah ibu saya yang kini menjadi milik saya dan adik saya. Jadi kira my summer houselah sebab saya gunakan hanya bila balik bercuti di Paris… oh, sori, sori, Perlis.)
Открыть в TelegramAzizi Ali Mentor Wang
Tips kewangan, pelaburan & bisnes yang tepat & terkini. #DYOR #NFA
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 19 нояб. 2026 г. | 671 |
| 20 нояб. 2026 г. | 716 |
| 21 нояб. 2026 г. | 668 |
| 22 нояб. 2026 г. | 607 |
| 23 нояб. 2026 г. | 576 |
| 24 нояб. 2026 г. | 502 |
| 25 нояб. 2026 г. | 367 |
| 27 нояб. 2026 г. | 70 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры863Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 02Просмотры731Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 03Просмотры725Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 04Просмотры692Пересылки—Реакции—Комментарии—
Новые посты
1. Dari masa ke semasa, akan ada hamba Allah yang akan contact saya nak jual nombor plate A2121. Nombor plate itu bukan saja antik tetapi memang special kerana jika salah pandang, ejaannya nampak seperti AZIZI! 2. Saya offer RM1,000 – dia orang ketawa! 3. Tapi mereka tak tahu rahsia saya! Bajet saya lari kerana saya plan nak beli apartmen di bandaraya San Francisco. Seperti yang anda boleh lihat dalam grafik, alamat apartmen ialah 2121! Lagi power sebab ianya apartmen - bukan kereta! Tapi oleh kerana harga apartment ini lebih RM10 juta, saya perlu buat saving dulu lah. Saya rasa kalau saya makan maggi mee 3 tahun berturut-turut, bolehlah letak downpayment untuk beli apartmen ini. 4. Don’t take this post too seriously, ya - joking!
Открыть в TelegramGaji dah masuk! Bila notification gaji masuk, masing-masing dah ada plan sendiri. Ada yang : Terus top up GAP Check harga emas hari ni Masuk cart… checkout kemudian Masih setia menunggu masa harga turun lagi Apa pun caranya, lain orang lain strategi bila gaji dah masuk. Sekarang jujur je… anda team yang mana satu?
Открыть в Telegram1. Seorang individu telah menghubungi saya tak lama dulu. Beliau nak jual nombor plate A2121 kepada saya. 2. Apa yang menariknya ialah harga nombor plate itu, wait for it…RM180,000!!! 3. Saya memberitahu beliau yang nombor itu hanya menarik kepada mereka yang bernama Azizi. Dan bukan itu saja; Azizi tersebut mestilah seorang yang kaya raya untuk membolehkan dirinya membayar harga yang begitu tinggi untuk nombor plate. 4. Jika saya beli nombor itu, I am stuck with it, dan tak akan dapat menjual nombor tersebut kerana setahu saya (please correct me if I am wrong), saya adalah satu-satunya individu di Malaysia yang qualify poin 3 di atas (ehem, ehem)! Jadi ini bermakna pembelian itu bukan satu pelaburan malah ianya menjadi belanja yang amat memboroskan. 5. If I am wealthy, salah satu sebabnya ialah kerana saya: (a) tak membelanjakan wang untuk nampak kaya (b) tak perlu mengipas ego 6. Apa pendapat anda?
Открыть в TelegramPada 20 November, emas jatuh ke paras terendah dalam 14 bulan, iaitu sekitar US$3,514 seauns. Ini kira-kira 36% di bawah rekod Januari 2026 sebanyak US$5,589.38 seauns. Minggu lepas ialah minggu terburuk bagi emas dalam lapan bulan, dengan penurunan sekitar 9.2% dalam seminggu. Tiga sebab utamanya: 1. Pasaran menjangka Fed akan menaikkan kadar faedah Penganalisis menganggap ini punca terbesar. Ketakutan kenaikan kadar bermula selepas data inflasi AS yang panas pada 12 November. Hasil bon sebenar 10 tahun naik ke 2.88%, dolar menguat, dan pasaran hampir pasti Fed akan menaikkan kadar pada 9 Disember. Emas tidak memberi faedah. Jadi apabila kadar naik, kos melepas untuk memegang emas meningkat dan modal beralih ke dolar AS dan bon Perbendaharaan. 2. Pelabur terpaksa jual emas untuk dapatkan tunai Inilah sebab kejatuhan berlaku begitu pantas. Saham berkaitan AI di Wall Street jatuh teruk, dan pedagang menjual emas untuk memenuhi margin call serta menutup kerugian. Chris Weston dari Pepperstone menyebut emas kini menjadi sumber kecairan, bukan lagi destinasi keselamatan. Seorang ahli ekonomi pula berpendapat kejatuhan sebesar ini tidak mungkin berpunca daripada kadar faedah semata-mata, jadi pelabur berleveraj mungkin sedang memburukkan lagi penurunan. ETF emas seperti GLD dan IAU juga mengalami aliran keluar yang besar. 3. Premium geopolitik semakin hilang, dan inilah kaitannya dengan minyak Sebenarnya minyak dan emas jatuh atas sebab yang sama. Harapan rundingan untuk menamatkan perang AS-Israel dengan Iran menyebabkan harga minyak jatuh lebih 7% pada 2 November, susulan pengantaraan Qatar dan isyarat dari Tehran. Trump juga berkata beliau tidak mungkin mengarahkan serangan baharu ke atas Iran selagi rundingan berjalan. Apabila risiko perang reda, permintaan emas sebagai aset selamat turut berkurang. Minyak yang lebih murah juga sepatutnya menyejukkan inflasi. Tetapi kesan itu dikalahkan oleh data inflasi AS yang masih panas dan sikap Fed yang tegas. Bagaimana pula dengan bank pusat yang masih membeli emas? Pembelian bank pusat memang kukuh. Permintaan mereka mencapai 321 tan pada suku ketiga, jauh melebihi purata lima tahun. Namun ada dua perkara yang perlu diambil kira: • Jumlah pembelian bank pusat untuk keseluruhan 2026 dijangka lebih rendah daripada rekod tahun lepas. • Pembelian bank pusat dibuat secara perlahan dan berperingkat. Ia tidak mampu menahan jualan panik oleh pelabur berleveraj dan ETF yang berlaku dalam beberapa hari sahaja. Ringkasnya, bank pusat memberi sokongan jangka panjang. Tetapi untuk pergerakan harga jangka pendek, kadar faedah, dolar dan jualan paksa jauh lebih berpengaruh. Ramai penganalisis menganggap jualan ini sebagai peluang membeli kerana emas sudah berada dalam zon terlebih jual. Namun ada juga yang memberi amaran harga boleh jatuh lagi ke arah US$3,200. Keputusan Fed pada 9 Disember dijangka menjadi penentu utama arah seterusnya. Semoga penjelasan ini membantu.
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
12Invest 投资理财分享站@public12investЭкономика8,93 тыс.
TCYap马股投资频道✨😎@tcyapstockinvestЭкономика8,53 тыс.
BABY TITA GOLD MANJAH@babytitamanjahЭкономика10,4 тыс.
CHANNEL SAHAM OSC@sahamosc1Экономика7,65 тыс.
Technical trader by jamil@technicaltraderЭкономика10,6 тыс.
BangdinFX Official@bangdinfxofficialЭкономика6,95 тыс.
Chef Hazzim Scalping Maut🧑🍳@originalchefmautЭкономика12 тыс.
👑EVENTURE👑@eventureglorytradeЭкономика6,46 тыс.