Warga emas jatuh dari aras tiga bangunan HRPB

INFO SEMASA OFFICIAL, @infosemasaofficial

Open in Telegram
#427464Video

Warga emas jatuh dari aras tiga bangunan HRPB IPOH – Seorang warga emas yang terjatuh dari aras tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang tadi kini berada dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang pengawal keselamatan hospital telah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di laluan tangga kecemasan. “Pengawal keselamatan tersebut kemudiannya mengekori lelaki berkenaan sebelum mendapati mangsa telah terjatuh dari aras tiga bangunan berkenaan. “Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini. Muhammad Najib berkata, mangsa dipercayai seorang lelaki Cina tempatan berusia lingkungan 60 hingga 70 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Beliau berkata, semasa ditemui, mangsa memakai baju-T lengan pendek berwarna merah dan seluar slack berwarna hitam. “Mangsa kini masih menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. “Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat, mempunyai ahli keluarga yang dilaporkan hilang atau mengenali mangsa berdasarkan ciri-ciri tersebut supaya tampil membantu pihak polis mengenal pasti identiti mangsa,” katanya. Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR 24 September 2026, 9:06 pm Artikel ➡️ Kosmo Online #infosemasa @infosemasaofficial

Open in Telegram
Views15,733+81%vs avg
Forwards11
Reactions10
Comments3

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h2,103
5 h6,322
15 h11,228
27 h14,232
41 h15,131
56 h15,733
  1. After 1 hour2,103
  2. After 6 hours6,322
  3. After 24 hours14,232
  4. Total to date15,733

Reactions

  • 🌚4
  • 😨3
  • ❤2
  • 😢1

More from INFO SEMASA OFFICIAL

  1. 01

    No text

    Photoalbum
    Views16.8K
    Forwards2
    Reactions—
    Comments—
  2. 02

    No text

    Photoalbum
    Views16.4K
    Forwards1
    Reactions—
    Comments—
  3. 03

    No text

    Photoalbum
    Views16.2K
    Forwards2
    Reactions—
    Comments—
  4. 04

    No text

    Photoalbum
    Views15.9K
    Forwards1
    Reactions—
    Comments—
  5. 05

    No text

    Photoalbum
    Views15.7K
    Forwards2
    Reactions—
    Comments—

All posts of INFO SEMASA OFFICIAL